March 17, 2014

TUTORIAL MENJAHIT OVEN MITTEN (OM) DARI FABRIK JEANS

Hai fren.Semua sihat ? Baiklah tanpa berselindung malu-malu kucing, entry untuk hari ini saya hendak paparkan tentang cara-cara menjahit oven mitten. Oven mitten(OM) ni bukan sahaja terpakai bila memasak menggunakan oven, anda semua boleh praktikkan untuk tujuan lain juga. Dah memang tempat tidur dia dekat dapur so, bila start sahaja operasi memasak capai je OM nie.

1.Firstly, sediakan fabrik jeans-2pcs, fabrik cotton-2pcs & span-2pcs.


2.Buat 2 keping 'sandwich' & layerkan ia mengikut turutan >fabrik jean+span+fabrik cotton dan pinkan dengan jarum peniti di setiap sudut.



3.Jahit kedua-dua kepingan tadi secara serong.

kepingan pertama
kepingan kedua
4.Ambil layout kertas OM yang telah dipotong dan letak pada kepingan tadi. Lakar pada kepingan fabrik jeans dan  fabrik cotton dengan jarak sebanyak 0.5cm diantara layout kertas(0.50cm~seam allowances).

kedua-dua oven mitten yang telah dipotong
.5.Potong kedua-dua keping mengikut bentuk lakaran.

bahagian luar o.mitten
6.Jahitkan bahagian bawah mitten dengan kain cotton selebar 2cm sebagai kemasan. Boleh juga jika hendak menggunakan bias tape.


7.Secara terbalik, cantumkan dengan peniti 2 kepingan tadi dan jahit mengelilingi. Kemaskan lebihan jahitan disekeliling dengan jahitan zig-zag. Dah siap, terbalikkan bahagian luar(kain cotton) ke dalam.

tetas beberapa cm untuk memasukkan tali penyangkut (ini untuk kes mudah lupa)
8.Sepatutnya sebelum proses mencantum saya perlu pinkan tali penyangkut terlebih dahulu bersama-sama dengan label jahitan. Kali ini saya terlupa coz to excited. Jadi saya tetas sedikit bahagian mitten yang paling bawah untuk selitkan tali tadi dan kemudiannya saya jahit semula. 


9.Saya hasilkan ribbon dan jahit pada bawah mitten.

10.Tugasan selesai. Next project what ? Arghhh no idea.

March 12, 2014

CHOCOLATE BOX RECYCLE TO FOTO FRAME

Kali ini saya ingin publish kreativiti mengubah chocolate box ke foto frame. Hanya perlukan sedikit imaginasi & kreativiti diri untuk deco sesuatu yang biasa menjadi luar biasa .Barang yang boleh di kitar semula tidak sepatutnya dibuang. Think twice ya friends. Remember to practice your 3R (Reduce, Reuse & Recycle).

kotak luar
kotak dalam
1.Potong 4pcs fabrik jean mengikut ukuran kotak dan jahit.Ukurannya : jeans (panjang)-16.5"X1.5", jeans(pendek)-13.5"X1.5"
2. Untuk lebih gaya saya hiaskan kain tersebut dengan menjahit butang.





3.Attached tali ribbon pada kedua-dua bucu kotak dengan gam UHU. Kalau ada glue gun lagi memudahkan kerja. 



4.Kemaskan penghujung fabrik jeans tadi .Tarik supaya kain menegang dan lipat ke bahagian dalam kotak dan gam.
5. Lekatkan gambar pilihan anda di bahagian tengah kotak.Tak kisah gambar apa sekali pun asalkan cantik dipandang.

6.Tugasan telah berjaya diselesaikan. Mudah bukan? Sedia untuk di gantung di bilik anak dara korang semua.

7.Tapi kan macam ada sesuatu yang kurang. Weekend, saya transform sedikit foto frame sebelum ini .Saya lekat ribbon di bucu frame bahagian atas. Tali saya tukar dengan tali paper bag yang dah tak pakai.Ok tak?

March 10, 2014

CARA TUKAR ZIP SELUAR YANG SUDAH ROSAK

Entry suam-suam kuku je kali ni. Saya tahu ramai yang terror & tahu macammana hendak tukar zip seluar yang sudah rosak. So, entry untuk hari ni ada kaitan dengannya. Ofissmate request untuk alter seluar kerja 2helai & seluar melayu anaknya sehelai.

 1.Tetas semua jahitan pada zip yang sudah rosak dan gantikan dengan zip yang baru.

seluar yang telah ditetas
2.Jahit tangan (jelujur kasar) zip pada seluar. Jahit mengikut panjang zip iaitu 8cm. Jahitan ini untuk sementara sahaja supaya mudah kita tetas dan buang.

zip sebelah kiri
zip sebelah kanan
3.Jahit zip sebelah kiri dan zip kanan seperti gambar. Setelah siap dijahit lipat bahagian kanan zip ke dalam dan jahit pada badan seluar berbentuk J. Jahit secara berulang pada penghujung jahitan J tadi untuk mematikan jahitan.


4.Final step, masukkan bahagian zip kanan & zip kiri pada pinggang seluar yang telah ditetas dan jahit. Pastikan zip terbuka ya.

5.Misi selesai.