February 19, 2014

PILLOW CASE-MINION

zzzzZZZZZ. Bagai mengantuk disorongkan bantal. Apalagi pejamlah dikau duhai mata. Cara nak jahit sarung bantal ni senang je. Macam makan kacang cap ibu jari tu. So, kali ni saya nak kongsikan cara-cara nak jahit sarung bantal.

1.kain berukuran 31"x21.50" -2pcs
2.kain berukuran 26.5"x21.5"(1pcs)-bahagian lebar 21.5" lipat 1 inci kedalam dan jahit
3.kain berukuran 16"x21.5"(1pcs)-bahagian lebar 21.5" lipat 1 inci kedalam dan jahit

lipatan 1 inci yang telah dijahit

4.Jahit secara terbalik kain yang no 2 tadi pada kain no 1.

kain no 3 jahit bertindih pada kain no 1dan 2
5.Kemudian, jahit kain no 3 pula pada kain no 1 & tindihkan pada kain no 2. Terbalikkan untuk menjahit bahagian tepi pula.
6.Dari tepi bantal jahit 1.5" jarak mengelilingi kain tadi sehingga habis.


7.Dibahagian dalam jahitkan pelekat velcro secara mengadap pada kedua2 kain tadi iaitu no 2 & 3.

7.Bantal dah siap. Misi pun selesai . Eat well, play well & sleep well.

POT HOLDER-MINION


Pot holder minion ni untuk offismate . Cara-cara menjahitnya ialah :

1.Potong kain berukuran 7x7inch.
2.Potong span kurang sedikit dari ukuran kain 6.8x6.8inch (saya takder batting so pakai span je)
3.Sandwichkan ia, kain>span>kain




4.Jahit empat segi lurus/serong dan ukuran mengikut suka-suki. Saya punya ukuran setiap baris adalah 1inci.
5.Potong dan kemaskan setiap sudut kain tersebut supaya lurus dan span tidak terkeluar.Setiap bucu kain tadi potong melengkung.



6.Buat penyangkut panjangnya 3inci dan pinkan ditengah kain tadi.


7.Jahitkan bias tape pada kain mengelilingi kain tadi. Saya pakai bias tape jenis cotton je harga RM0.60 kalau satin mahal sikit RM1.20.



8.Potong bias tape lebih sedikit seperti gambar.

9.Terbalikkan dan jahit bias tape di bahagian lagi satu.


10. Misi minion kali ini selesai.

ONE SET OF MINION REQUEST BY OFFICEMATE

Wahh...lama nya tak terjah blog ni. Dah jadi kiah pekasam. Asal nak update blog ada sahaja yang jadi batu penghalang. Kali nie saya nak post hasil jahitan saya yang di minta oleh offismate. Sebenarnya, kain tu dikhaskan untuk buat lapik meja study tapi sebab ada balance banyak dan ditambah pulak tengah stim nak menjahit maka saya pun jahitkanlah barang-barang lain. Maaflah,hilang ingatan pulak nak snap gambar lapik meja. Buat tatapan pembaca budiman.

pillow case
hand towel
pot holder
fridge holder cover-TESTING!TESTING!
2 set fridge holder cover