February 19, 2014

PILLOW CASE-MINION

zzzzZZZZZ. Bagai mengantuk disorongkan bantal. Apalagi pejamlah dikau duhai mata. Cara nak jahit sarung bantal ni senang je. Macam makan kacang cap ibu jari tu. So, kali ni saya nak kongsikan cara-cara nak jahit sarung bantal.

1.kain berukuran 31"x21.50" -2pcs
2.kain berukuran 26.5"x21.5"(1pcs)-bahagian lebar 21.5" lipat 1 inci kedalam dan jahit
3.kain berukuran 16"x21.5"(1pcs)-bahagian lebar 21.5" lipat 1 inci kedalam dan jahit

lipatan 1 inci yang telah dijahit

4.Jahit secara terbalik kain yang no 2 tadi pada kain no 1.

kain no 3 jahit bertindih pada kain no 1dan 2
5.Kemudian, jahit kain no 3 pula pada kain no 1 & tindihkan pada kain no 2. Terbalikkan untuk menjahit bahagian tepi pula.
6.Dari tepi bantal jahit 1.5" jarak mengelilingi kain tadi sehingga habis.


7.Dibahagian dalam jahitkan pelekat velcro secara mengadap pada kedua2 kain tadi iaitu no 2 & 3.

7.Bantal dah siap. Misi pun selesai . Eat well, play well & sleep well.