Showing posts with label BEG SANDANG. Show all posts
Showing posts with label BEG SANDANG. Show all posts

May 18, 2015

BEG PERLBAGAI VERSI TEMPAHAN AIDA-RAWANG

Assalamualaikum semua...

Hari ini baru saya berpeluang untuk berkongsi hasil kerja saya yang terbaru iaitu beg.Atas tuntutan kerja disamping rutin tugas sebagai House Manager dalam mengurus rumah dan anak-anak kadangkala kita tidak sedar masa begitu pantas berlalu. Perlukan kesabaran, ketabahan dan kesungguhan Insya Allah apa yang kita impikan dan citakan menjadi kenyataan. Beg yang saya jahit ini adalah order dari E-customer iaitu Cik Aida dari Rawang. Beliau memesan sebanyak 4beg pelbagai versi dan corak. Saya berharap beliau berpuas hati.

Terima kasih daun keladi,
Di lain masa tambah order lagi,
Kerana menjahit satu-satunya hobiku,

Kecil dan mudah dibawa. Boleh isi coin ,kad2 bank dan sebagainya
Sesuai untuk si gadis yang sukakan kelainan
Sesuai di gayakan sang priya
Sesuai untuk isi telekung, barang baby ,shopping dan sebagainya.

May 16, 2014

TUTORIAL BEG SANDANG DARI FABRIK JEANS

Beg lagi.Jangan bosan tau.Projek beg kali ini dari kaki seluar jeans juga.Saya potong kedua-dua bahagian dan tetas untuk mendapatkan bidang yang lebih besar.Perlu sangat beg sandang ni sebab memudahkan saya untuk mengisi barang-barang keperluan 3orang anak saya di nursery seperti baju,seluar,minyak rambut, sikat, bedak, underwear dan macam-macam lagi . Selama ini, hanya guna beg sponsor ehsan dari pasaraya itupun kalau ada membeli. Tapi yang tak syoknya tak tahan lama dan cepat koyak. Jadi untuk kepuasan diri dan penjimatan hebat saya jahit mengikut citarasa saya.Saksikan.
 
ukuran fabrik cotton: 17"x4.5"
1.Pin fabrik cotton pada fabrik jeans dan jahit. Jarak untuk lekat fabrik cotton dari bawah ialah  4.5". Hias beg dengan bunga,riben,kain felt.

2helai fabrik jeans 17"x15"
2.Kemudian, pin bahagian tepi fabrik jeans dan jahit.

ukuran panjang segitiga-3"
 3.Jahit bucu fabrik jeans membentuk segitiga. Ulang jahit proses yang sama pada fabrik cotton.


4.Jahitkan poket dari seluar jeans pada bahagian dalam alas beg.


5.Terbalikkan fabrik jeans yang betul ke bahagian luar. Pasang zip pada bahagian paling atas fabrik jeans. Masukkan fabrik cotton kedalam fabrik jeans dan pin bahagian atasnya sebelum dijahit. Jangan lupa pin sekali dengan handle bag di kedudukan tengah. Jahit mengelilinginya.

 


6.Misi selesai. Happy sewing.