Showing posts with label KAIN BAJU KURUNG. Show all posts
Showing posts with label KAIN BAJU KURUNG. Show all posts

April 2, 2014

ALTER KAIN BAJU KURUNG-REQUEST DARI OFISSMATE

Saya diberikan tugasan dari offismate untuk alter kain baju kurung beliau yang sudah tidak muat. Dia kata pinggang kain ketat dan getah loose . Logiknya, kita yang sebenarnya semakin membesar. Zaman anak dara semua saiz S dan jadi ibu ni saiz pun transform ke L. Kih kih. Ada 5 helai, dan Alhamdulillah saya berjaya menyiapkannya sebab semalam off day company 6th Anniversary.

homework


 1.Tetas semua bahagian pinggang dan zip. Tukar zip yang baru dan jahit pada kain.


2.Jahitkan kedua-dua hujung getah bersama dengan sedikit kain keras. Satu bahagian balut dengan kain sehingga menutupi kain keras dan jahit.

Jahit mati getah pada kanan dan kiri
3.Jahit mati penghujung kedua-dua getah+kain keras tadi pada kain di atas kepala zip.


4.Kemudian,lipat kain ke dalam dan jahit sehingga penghujung.

5.Harus diingat getah tu tidak sama panjang dengan ukur lilit kain, jadi semasa menjahit sentiasa tarik getah supaya memeri.

6.Jahit di tengah-tengah getah dengan cara menarik tegang. Ini supaya getah tidak bergerak-gerak dan berpintal semasa dan selepas di pakai. Jahit besi penyangkut pada kanan dan kiri kain.

7. Tugasan selesai dengan ingatan jangan makan banyak-banyak nanti baju tak muat. :)