Showing posts with label PILLOW. Show all posts
Showing posts with label PILLOW. Show all posts

April 7, 2014

CARA-CARA MENJAHIT BANTAL PELUK BABY AKA BOLSTER

Seperti yang dijanji, entry kali ini ialah bantal peluk tetapi version kecik khas untuk baby .Sesiapa yang single, kalau tidur sorang2 bantal peluk lah yang menjadi peneman setia. Kalau di rumah saya, bantal peluk yang besar tu anak-anak buat main tinju, hempuk menghempuk & bantal terbang macam cerita P.Ramlee zam zam ala kazam. Oklah kita teruskan misi kita yang belum selesai. Sebelum tu sediakan:

1.Fabrik cotton-1 keping (panjang 12"x lebar 13")
2.Fabrik jeans-2 keping ( panjang 13"x lebar 4")
3.Tali pengikat-2 pcs (panjang 15"x lebar 0.50"

ukur 13" (seam allowances 0.50)




1.Cantumkan jeans pada fabrik cotton di bahagian lebar 13" tadi


2.Lipat fabrik jeans ke dalam dan jahit. Ruangan tidak berjahit adalah untuk tali pengikat.


3.Lebihan 0.50" fabrik cotton tadi temukan dan jahit.


4.Masukkan tali pengikat pada lubang kain jeans tadi dengan menggunakan pin.Buat untuk kedua-dua bahagian.

pandangan tepi

5.Sumbat masuk bantal baby yang 'naked' dan ikat ketat.

6.Bantal busuk baby pun siap dan maka dengan ini saya sahkan tugasan selesai. Tersembunyilah segala kotoran degil, air liur basi di dalamya. Happy sewing.

January 3, 2014

REST NECK PILLOW

Hari ini saya nak post entry berkenaan bantal. Kali ini saya tak melibatkan fabrik jeans. Semua dari kain cotton. Lagipun material cotton sahaja yang lembut & selesa untuk tidur.
Lipat dua sehelai kain cotton. Ambil contoh bantal untuk buat layout. Kalau you all rajin buat layout pada kertas .Lakar mengikut bentuk bantal tersebut saya lebihkan 1cm.
Setelah siap melakar kain bolehlah dipotong. Kemudian pin kan kedua-dua fabrik cotton dengan jarum peniti secara terbalik.
10cm kain yang tidak berjahit
Jahit 1cm mengikut bentuk kain tersebut. Tinggalkan 10cm tanpa jahitan untuk masukkan fibre. 
bahagian tengah
potong sedikit bucu kanan & kiri
 Setiap bucu yang berbentuk lengkung perlu dipotong sedikit supaya kain kelihatan kemas bila diterbalikkan.
kain yang telah diterbalikkan
Masukkan fibre melalui kain yang tidak berjahit tadi. Sumbat fibre sehingga penuh dan mampat. Boleh juga digantikan dengan kapas.Jahit tangan baki kain yang tidak dijahit tadi.

Sedihnya, setelah bantal siap diisi dan dijahit anak-anak bikin havoc. Sorang tarik sebelah kanan & seorang lagi tarik sebelah kiri. Habis koyak dua dan terburai segala isi perut bantal Jadi tamatlah riwayat bantal tadi. Alhamdulillah,nasib saya ada buat dua layout kain tapi corak yang berbeza. Terubat segala kesedihan .
rest neck pillow yang sudah siap
rest neck pillow dengan label
Akhirnya berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun penuh cabaran.Misi selesai.