June 24, 2014

HEAD BAND DARI SCRAP SELUAR JEANS

Head band dari scrap seluar jeans yang berjaya saya hasilkan. Ambil bahagian pinggang seluar jeans dan potong ikut ukur lilit kepala masing-masing. Buang handle tali pinggang  Hias terlebih dahulu head band tadi. Kemudian,jahit pelekat velcro dia penghujung head band. Sedia untuk di pakai.Saya percaya anda semua berbakat.Tugasan ini mengambil masa tidak sampai 1/2 jam.Cubalah. Anda boleh bergaya dengan modal yang sangat minimum.







June 23, 2014

MUG PAD AKA LAPIK CAWAN DARI SCRAP SELUAR JEANS

Scrap dari seluar jeans sebenarnya banyak kegunaannya. Jangan terus dibuang.Dengan seni dan kreativiti yang ada  anda boleh tukarkan ia menjadi sesuatu yang sangat bernilai dan berguna. Disamping dapat memenuhi masa lapang ia juga dapat mencantikkan rumah. Selalu ramai yang hanya memotong bahagian fabrik jeans yang nipis dan mengabaikan bahagian tepi seluar jeans sebab terlalu tebal. Kali ini apa kata anda simpan.Gulung ia membentuk bulatan dan jadikan ia sebagai pelapik cawan.Kalau ingin digunakan sebagai alas periuk pun boleh juga.Terpulang kepada anda.



 

June 13, 2014

TUTORIAL MENJAHIT ALAS MEJA AKA TABLE RUNNER DARI FABRIK SELUAR JEANS

Rindunya! dengan blog. Syukur!!! hari ini baru ada peluang untuk publish entry baru iaitu table runner.Untuk menyiapkan  tugasan ini perlu fabrik jeans yang panjang. Semua sedia maklum, fabrik jeans yang ada sangat terhad saya terpaksa gunakan teknik cantum supaya hasilnya lebih panjang. Untuk bahagian bawah pula saya menggunakan fabrik cotton biasa sahaja.Kalau you all rajin mengali dengan encik googles bersepah idea tentang jeans ni. Hanya dengan sehelai seluar jeans sahaja boleh menghasilkan pelbagai hasil kerja tangan yang cantik.

Barang yang diperlukan :
Fabrik Jeans~60"x10"
Fabrik cotton~60"x10"
**Potong serong ukuran 5.5" setiap bucu fabrik.
Tassel-2pcs .

1.Sebelum proses menjahit pin tassel terlebih dahulu pada kedua dua bucu alas meja.


2.Pin pula kedua-dua fabrik dimana bahagian yang betul di dalam dan jahit. Tinggalkan beberapa inci tanpa berjahit.

bahagian bawah alas meja
bahagian atas alas meja
3. Terbalikkan bahagian yang betul ke luar melalui ruang yang tidak berjahit tadi dan jahit.




**Boleh di terbalikkan kalau bosan fabrik jeans tukar ke bahagian cotton pula.

bahagian yang pudar tu bahagian kepala lutut :)

4.Misi selesai. Happy sewing all.

June 2, 2014

TUTORIAL ORGANIZER PENSIL WARNA DARI FABRIK JEANS

Weekend projek yang berjaya saya siapkan iaitu organizer untuk pensil warna. Kotak pensil warna yang ada cepat sangat koyak.Kadang tu jumpa dekat bilik tidur, hall, atas kerusi dan jupa dapur. Geleng kepala sekejap bila tengok pensil warna bersepah merata-rata.Si kembar pula terlampau rajin buat tugas "5S" dibantu si adik lelakinya yang bertugas sebagai master mind. Saya jahit organizer ini supaya mereka berdua bersemangat sedikit untuk menyimpan semula pensil warna selepas diguna. Macam biasa watak utama dalam projek ini ialah fabrik jeans untuk poket dan lining bahagian luar.

Ukuran setiap fabrik ialah :
Fabrik Jeans,fabrik cotton,linning -10"x8"
Fabrik Jeans (untuk poket)-10"x5"
Bias tape,butang,elastic band(handle)



1.Hias fabrik jeans terlebih dahulu.Kemudian jahit lining pada fabrik jeans.


2.Jahit pula poket pada fabrik cotton. Pada bahagian poket untuk meletakkan pensil warna, jahit dari bawah ke atas berulang kali. Jarak antara satu sama lain ialah 1.5cm. Setelah siap, cantumkan kedua-dua fabrik jeans+cotton dan jahit semula.

3.Jahit handle di tepi fabrik di kedudukan tengah-tengah organizer. Terpulang pada citarasa individu. Kalau ingin menggunakan velcro pun tiada masalah. Jangan lupa butang. Jahit pada fabrik jeans sebaris dengan handle tadi.

4.Proses terakhir untuk kekemasan,jahit bias tape.

5.Misi selesai.Selamat mencuba. Happy sewing.

bahagian dalam
bahagian luar


 Psstt***Pensil warna dalam organizer tu ada yang panjang ada yang pendek hasil gabungan 3 pemilik .