Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua cara-cara menjahit alas peti sejuk. Seperti selalunya saya akan menggunakan campuran fabrik jeans & cotton. Saya recommend guna fabrik jeans yang nipis. Semoga tunjuk ajar ini dapat membantu serta mendapat keberkatan dari Nya. Sharing is Caring.
Fabrik Jeans- 2 keping berukuran 19"x8"
Fabrik cotton- 2 keping **
Kain lapik-1 keping **
**cotton dan kain lapik sama ukurannya iaitu~ 50"x19"
Bias tape-2 pcs.
1. Susunan kain >fabrik jeans>fabrik cotton>kain lapik >fabrik cotton
2. Jeans di jahit pada hujung kain cotton bersama kain lapik. Jahit dengan membuat 3 bahagian sebagai poket. Sebelum itu, hias fabrik jeans mengikut kreativiti.
3. Ambil fabrik cotton yang kedua dan jahit mengelilinginya. Tinggalkan basi jahitan 0.5cm untuk bias tape.
| proses memasang bias tape |
4. Pasang bias tape dan jahit sekeliling kain tersebut secara perlahan-lahan supaya nampak kemas.
4.Lipat b.tape ke bawah kain dan jahit tindih sehingga menutupi benang jahitan.
| pandangan tepi |
5. Misi selesai untuk minggu ini. Dapat juga merasa "tudung" baru.Kos yang murah tapi berbaloi-baloi.
** Note : Ukuran panjang dan lebar alas peti sejuk ini tidak semestinya sama ianya berbeza mengikut kebesaran & keluasan peti sejuk korang yer. Semua ukuran diatas perlu ditambah basi jahitan 0.5cm.