Showing posts with label BOTTLE BEG. Show all posts
Showing posts with label BOTTLE BEG. Show all posts

May 6, 2014

BEG BOTOL AIR UNTUK SI KEMBAR

Sabtu/Ahad saya berjaya menyiapkan tugasan beg botol air untuk si kembar. Syarat utama bagi projek ini adalah semua hasil kerja perlu sama. Botol yang colour pink tu baru beli sebab yang lama sudah pecah. So, si kembar terima tanpa sebarang soal menyoal walaupun colour tidak sama iyalah masalah sendiri. Kalau ingin tahu bagaimana cara membuatnya sila ke link BOTTLE BEG. Girl are you ready to school ? Yes Mama.



miaw miaw I m thirsty

miaw miaw I m full already

April 21, 2014

TUTORIAL MENJAHIT BOTTLE BEG DARI FABRIK JEANS

Hari ini saya ingin publish berkenaan dengan beg untuk botol air. Selalu kita tengok kebanyakan botol air tiada pemegang/tali. Agak leceh untuk dibawa ke mana-mana. Paling tidak botol air tu terbaring je dalam  dalam beg korang. Jika ada cover luar menambahkan lagi kecomelan nya.Contoh macam botol kat bawah ni.Dahla transparent, "naked" pulak tu. Iskh..iskh..iskh tak manis kalau dipandang.

gambar dari google
Macam biasa prepare dahulu barang-barang yang diperlukan untuk projek menjahit botol beg ni.
1.Fabrik jeans-8.5"x8"
2.Fabrik cotton-8.5"x8"
3.Kain lapik-8.5"x8"
4.Tali beg(2pcs-cotton & jeans)-10"
5.Lapik dasar botol -diameter 3.5"
**ukuran perlu ditambah mengikut kesesuaian/saiz botol/tinggi

seluar jeans yang telah dipotong
 



1.Susun mengikut gambar > jeans>kain lapik>cotton.

 2.Jahit kain cotton pada bahagian atas sebagai pengganti bias tape. lepas step 2,dinasihatkan supaya hias botol beg ni dahulu. Sebab, kalau dah di sambung susah nak jahit di bahagian bawah.

bahagian luar setelah diterbalikkan
 3.Cantumkan bahagian yang terbuka dan jahit.Pastikan jahit dasar botol dahulu baru boleh terbalikkan ya. Dek kerana excited nak tengok bahagian luar saya terbalikkan untuk sementara waktu.

dasar botol
4.Susun kain cotton+span+kain cotton. Jahit seperti potongan pizza hut sebanyak 8per8. Kemudian, cantumkan pada dasar badan botol dan jahit membulat. Step ni paling susah ya so kena pin dahulu.Jahit secara perlahan-lahan.Setelah siap terbalikkan keluar bahagian yang betul


 5.Jahit tali botol beg di bahagian atas botol kanan & kiri.


6.Misi hari sabtu selesai. Selamat mencuba.

close up
**Macam saya lupa nak hias fabrik jeans selepas step 2, maka terpaksalah semua hiasan di bahagian atas botol beg.Susah nak access sampai bawah.