April 21, 2014

TUTORIAL MENJAHIT BOTTLE BEG DARI FABRIK JEANS

Hari ini saya ingin publish berkenaan dengan beg untuk botol air. Selalu kita tengok kebanyakan botol air tiada pemegang/tali. Agak leceh untuk dibawa ke mana-mana. Paling tidak botol air tu terbaring je dalam  dalam beg korang. Jika ada cover luar menambahkan lagi kecomelan nya.Contoh macam botol kat bawah ni.Dahla transparent, "naked" pulak tu. Iskh..iskh..iskh tak manis kalau dipandang.

gambar dari google
Macam biasa prepare dahulu barang-barang yang diperlukan untuk projek menjahit botol beg ni.
1.Fabrik jeans-8.5"x8"
2.Fabrik cotton-8.5"x8"
3.Kain lapik-8.5"x8"
4.Tali beg(2pcs-cotton & jeans)-10"
5.Lapik dasar botol -diameter 3.5"
**ukuran perlu ditambah mengikut kesesuaian/saiz botol/tinggi

seluar jeans yang telah dipotong
 



1.Susun mengikut gambar > jeans>kain lapik>cotton.

 2.Jahit kain cotton pada bahagian atas sebagai pengganti bias tape. lepas step 2,dinasihatkan supaya hias botol beg ni dahulu. Sebab, kalau dah di sambung susah nak jahit di bahagian bawah.

bahagian luar setelah diterbalikkan
 3.Cantumkan bahagian yang terbuka dan jahit.Pastikan jahit dasar botol dahulu baru boleh terbalikkan ya. Dek kerana excited nak tengok bahagian luar saya terbalikkan untuk sementara waktu.

dasar botol
4.Susun kain cotton+span+kain cotton. Jahit seperti potongan pizza hut sebanyak 8per8. Kemudian, cantumkan pada dasar badan botol dan jahit membulat. Step ni paling susah ya so kena pin dahulu.Jahit secara perlahan-lahan.Setelah siap terbalikkan keluar bahagian yang betul


 5.Jahit tali botol beg di bahagian atas botol kanan & kiri.


6.Misi hari sabtu selesai. Selamat mencuba.

close up
**Macam saya lupa nak hias fabrik jeans selepas step 2, maka terpaksalah semua hiasan di bahagian atas botol beg.Susah nak access sampai bawah.

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan untuk menghantar sebarang komen. Salah dan silap harap diperbetulkan dan sama-sama kita perbaiki.Semoga ilmu yang dikongsi diberkati.