Poket seluar jeans ini adalah dari projek-projek saya sebelum ini. Saya kumpul dan simpan. Sayang nak buang sebab terpikir mungkin satu hari akan berguna bagi saya. Datang idea untuk menhasilkan hiasan dinding. Kalau nak buat bende ni kena la ambil poket seluar jeans dari seluar yang sama.
Barang yang di perlukan :
1.Poket seluar jeans-2 pcs
2.Tali paper beg-4pcs
3.Bunga plastik
1.Susun poket atas dan bawah mengikut jarak yang anda perlukan.Pinkan tali paper beg terlebih dahulu sebelum dijahit seperti gambar.
2.Masukkan bunga plastik ke dalamnya sehingga penuh.
|
close up |
3.Misi selesai. Tugasan ini hanya mengambil masa tidak sampai 1/2 jam. So, cabar diri anda untuk mencipta kelainan dengan konsep recycle, reuse & reduce.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini..sangat terinspirasi kerana saya tengah mencari idea-idea untuk membuat sesuatu barangan yang "Unik" untuk dijadikan FreeGift untuk para pelanggan kedai saya "JEANS CLINIC" di Taman Kota Masai, Pasir Gudang Johor..
Waalaikumussalam,
ReplyDeleteSilakan siti.Sangat dialu-alukan. Semoga ilmu & perkongsian diberkati.