April 15, 2014

ALTER T-SHIRT LENGAN PENDEK KE LENGAN PANJANG


Dalam seminggu bekerja biasanya sekali/dua kali saya akan mengenakan tshirt untuk pergi ke tempat kerja. Bagi para ibu macam saya bergaya sesimple yang boleh jer dan tak perlu bersusah payah nak gosok baju kurung. Malangnya, semua t-shirt yang company beri berlengan pendek. Pakai inner boleh tetapi rasa panas dan tidak selesa.

Secara tidak dijangka timbul idea untuk mengubah t-shirt kerja ke lengan panjang.Apa yang diperlukan di sini ialah cari t-shirt berlengan panjang yang sudah tidak dipakai untuk projek reuse. Kebanyakan t-shirt yang saya potong ini adalah masa saya masih lagi berukuran saiz S/M. Sekarang saiz badan dah berganda. Potong kedua-dua lengan t-shirt tersebut dan cantumkan pada t-shirt yang berlengan pendek tadi.

tshirt yang telah kehilangan kedua belah tangan
dan ini juga menjadi mangsa
before
after
after
Sebenarnya terpulang pada you all semua. Lebihan kain yang tidak dipakai boleh je tukar kan menjadi pot holder,sarung bantal mengikut kepakaran masing-masing.Atau lebih bagus, semasa dia sempurna cukup sifat (tangan), dermakan pada tong recycle.

ehsan dari pakcik google



No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan untuk menghantar sebarang komen. Salah dan silap harap diperbetulkan dan sama-sama kita perbaiki.Semoga ilmu yang dikongsi diberkati.