April 28, 2014

TUTORIAL MENJAHIT COVER MESIN JAHIT DARI FABRIK JEANS

Seperti biasa, sabtu adalah hari wajib untuk menghasilkan projek jahitan.Selalu bende yang akan dijahit awal-awal lagi telah berlegar-legar di dalam minda teman.Ya! Cover Mesin Jahit. Saya cantumkan fabrik jeans dengan fabrik cotton bersulam(balance baju kurung). So, dapatlah mesin jahit saya melaram dengan "baju raya" nya yang baru. Fungsi sebenar cover ni adalah untuk mengelakkan dari habuk dan kekotoran selain menambahkan lagi keceriaan & kekemasan.

Item yang diperlukan :
Bahagian depan/belakang~ Fabrik jeans-2pcs & Fabrik cotton sulam-2pcs
**ukuran~16"x7"
Bahagian tepi~Fabrik jeans-2pcs & Fabrik cotton sulam-2pcs
**ukuran~6.5"x7"
Bahagian atas~Fabrik jeans-1pcs
**ukuran~16"x6.5"


1.Cantumkan kesemua 4 fabrik jeans+cotton sulam mengikut urutan fabrik jeans di atas dan cotton sulam di bawah.


2.Cantumkan dan jahit bahagian tepi dan setelah siap bolehlah di terbalikkan.


3.Kemudian,pasang poket seluar jeans dikedua-dua bahagian tepi. Kegunaan poket ini untuk mengisi gunting, tali tape,kapur jahit atau apa sahaja aksesori menjahit.
 
pandangan sisi tepi
pandangan depan
4.Hias bahagian fabrik jeans dengan apa sahaja mengikut kreativiti anda. Saya jahitkan ia dengan ribbon dan butang supaya tidak hambar.Misi selesai. Happi sewing ya.


No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan untuk menghantar sebarang komen. Salah dan silap harap diperbetulkan dan sama-sama kita perbaiki.Semoga ilmu yang dikongsi diberkati.