April 7, 2014

CARA-CARA MENJAHIT POT HOLDER YANG ADA POKET

Weekend task untuk kali ini hanya 2 sahaja. Pot holder dengan bantal peluk baby. Sat lagi saya postkan entrynya. Saya recycle kemeja kerja lama yang saya tidak pakai lagi. Mana yang masih cantik saya hantar ke tong recycle.

Di sini apa yang kita perlukan ialah- 2 keping fabrik , 1 keping fabrik jeans (hiaskan dengan butang, kain felt), span nipis dan bias tape.
**ukuran kedua2nya - 8.5''x7.5" (sudah termasuk seam allowances yer)
1.Susunan fabrik cotton>span>fabrik cotton dan pinkan . Jahit silang berulang kali.


2. Tindih fabrik jeans pada kepingan yang sudah berjahit tadi dan jahit sekelilingnya untuk membentuk poket. Kemudian, setiap 4 bucu kepingan tadi gunting untuk membuat lengkungan.


3. Pasang bias tape.Jangan lupa gunting dahulu tepi kepingan tadi supaya sekata dan kemas.



4.Misi hari minggu saya selesai. Tukarkan sesuatu yang biasa menjadi luarbiasa. Menjahit sampai lebam.

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan untuk menghantar sebarang komen. Salah dan silap harap diperbetulkan dan sama-sama kita perbaiki.Semoga ilmu yang dikongsi diberkati.