April 28, 2014

TUTORIAL COVER SEAT BELT(CSB) DARI FABRIK JEANS & RECYCLE SHORT PANTS

Seperti yang saya janji, entry pertama untuk hari ini Cover Seat Belt.(CSB).Kalau jenguk di kedai barang-barang hiasan pelbagai pattern dan colour yang anda boleh jumpa.Tetapi saya inginkan kelainan di sini maka saya cuba menjahitnya sendiri. Seperti biasa saya recycle seluar jeans sebagai watak utama fabrik dan seluar pendek .Ukur dulu lebar tali pinggang kereta korang. Ukuran lebar ialah 2" dan panjang 7.5".

Sediakan:
Fabrik jeans-2pcs
Fabrik cotton/recycle-2pcs
Bias tape-1pack
Velcro tape-1set


1.Susun mengikut jeans>span>fabrik cotton/recycle dan jahit sedikit di bahagian tepi.Kemaskan bahagian tepi.Buang benang2 kat tepi dan bagi centre supaya mudah nak jahit bias tape.


2.Jahit bias tape sekeliling fabrik.

bahagian fabrik jeans
bahagian fabrik cotton/recycle

3.Pasang velcro tape pada bahagian fabrik jeans & fabrik cotton/recycle seperti gambar dan terus jahit. Kemudian buat lipatan pada CSB tu untuk membentuk 3 bahagian dan jahit lurus dari atas ke bawah. Tujuannya supaya mudah untuk melipat CSB.


4.Siap sudah dan misi untuk minggu ini selesai sambil tarik nafas lega.  



**Kiss me, hug me & love me macam tulisan kat cover seat belt tu.:)


No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan untuk menghantar sebarang komen. Salah dan silap harap diperbetulkan dan sama-sama kita perbaiki.Semoga ilmu yang dikongsi diberkati.