May 18, 2015

BEG PERLBAGAI VERSI TEMPAHAN AIDA-RAWANG

Assalamualaikum semua...

Hari ini baru saya berpeluang untuk berkongsi hasil kerja saya yang terbaru iaitu beg.Atas tuntutan kerja disamping rutin tugas sebagai House Manager dalam mengurus rumah dan anak-anak kadangkala kita tidak sedar masa begitu pantas berlalu. Perlukan kesabaran, ketabahan dan kesungguhan Insya Allah apa yang kita impikan dan citakan menjadi kenyataan. Beg yang saya jahit ini adalah order dari E-customer iaitu Cik Aida dari Rawang. Beliau memesan sebanyak 4beg pelbagai versi dan corak. Saya berharap beliau berpuas hati.

Terima kasih daun keladi,
Di lain masa tambah order lagi,
Kerana menjahit satu-satunya hobiku,

Kecil dan mudah dibawa. Boleh isi coin ,kad2 bank dan sebagainya
Sesuai untuk si gadis yang sukakan kelainan
Sesuai di gayakan sang priya
Sesuai untuk isi telekung, barang baby ,shopping dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan untuk menghantar sebarang komen. Salah dan silap harap diperbetulkan dan sama-sama kita perbaiki.Semoga ilmu yang dikongsi diberkati.