January 3, 2014

REST NECK PILLOW

Hari ini saya nak post entry berkenaan bantal. Kali ini saya tak melibatkan fabrik jeans. Semua dari kain cotton. Lagipun material cotton sahaja yang lembut & selesa untuk tidur.
Lipat dua sehelai kain cotton. Ambil contoh bantal untuk buat layout. Kalau you all rajin buat layout pada kertas .Lakar mengikut bentuk bantal tersebut saya lebihkan 1cm.
Setelah siap melakar kain bolehlah dipotong. Kemudian pin kan kedua-dua fabrik cotton dengan jarum peniti secara terbalik.
10cm kain yang tidak berjahit
Jahit 1cm mengikut bentuk kain tersebut. Tinggalkan 10cm tanpa jahitan untuk masukkan fibre. 
bahagian tengah
potong sedikit bucu kanan & kiri
 Setiap bucu yang berbentuk lengkung perlu dipotong sedikit supaya kain kelihatan kemas bila diterbalikkan.
kain yang telah diterbalikkan
Masukkan fibre melalui kain yang tidak berjahit tadi. Sumbat fibre sehingga penuh dan mampat. Boleh juga digantikan dengan kapas.Jahit tangan baki kain yang tidak dijahit tadi.

Sedihnya, setelah bantal siap diisi dan dijahit anak-anak bikin havoc. Sorang tarik sebelah kanan & seorang lagi tarik sebelah kiri. Habis koyak dua dan terburai segala isi perut bantal Jadi tamatlah riwayat bantal tadi. Alhamdulillah,nasib saya ada buat dua layout kain tapi corak yang berbeza. Terubat segala kesedihan .
rest neck pillow yang sudah siap
rest neck pillow dengan label
Akhirnya berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun penuh cabaran.Misi selesai.