January 20, 2014

BEG SILANG(2)

Hai all.3 hari cuti yang panjang agak membosankan jika tiada aktiviti menjahit. Lagi sekali hari ini saya akan postkan entry pasal beg.

 Sediakan fabrik jeans dan fabrik cotton 18cm x 21cm.Untuk fabrik jeans potong bahagian yang ada poket.

Sediakan,tali beg berukuruan 90cm panjang x 4cm lebar cotton & jeans.Disebabkan kain jeans terhad, saya sarankan anda sambung untuk mendapatkan ukuran 90cm tersebut. Abaikan poket kecil seluar jeans pada gambar diatas.Nak famous sekejap. :)

Jahit tali beg secara terbalik iaitu muka menghadap muka. Hujung tali beg letak pin supaya mudah untuk proses terbalik bahagian dalam ke luar.
setelah diterbalikkan
Untuk kekemasan sila iron tali beg tersebut . Bahagian yang terbuka tadi bolehlah dijahit.

Kemudian, jahit fabrik jeans dan cotton kanan,kiri dan bawah secara terbalik. Terbalikkan fabrik jeans dan masukkan kedalam fabrik cotton secara muka mengadap muka.Pastikan kedua-dua fabrik sama panjang. Jika perlu potong sedikit supaya sama-rata.

 Jahit bahagian atas jangan lupa tinggalkan beberapa cm kanan dan kiri beg untuk tali beg.

Masukkan tali beg kedalam bahagian beg yang tidak berjahit tadi dan pin.Jahit sekeliling beg tadi.

 Potong pelekat velcro berukuran 4cm dan jahit dibahagian atas dan bawah.
pelekat velcro yang telah dijahit.

Supaya beg ini tidak terlalu kosong saya hiaskan dengan riben dan motif bunga menggunakan butang. So, macamana ? Mudah bukan ? Misi selesai untuk hari ini. Selamat menjamu mata dan menjahit.