January 9, 2014

PENCIL CASE

Masih ingat janji manis saya dalam post beg uncang ? Saya akan post n3 tentang pencil case & baby bip. Akhirnya, siap juga projek saya yang tertinggal flight sebelum ini. Harap penerangan saya dapat membantu semua pembaca. Ada ke yang sudi baca blog nie :).


1.fabrik jeans,cotton & batting berukuran 22cmx12cm.
2.Zip 
close up
Seperti biasa saya punya trademark, fabrik jeans dihias dengan motif bunga & butang. Saya tambah dengan riben dot-dot dan jahit melintang sepanjang fabrik jeans.

 

Setiap hujung zip saya tutup dengan sedikit kain cotton. 
  
 
Zip saya pin pada fabrik jeans supaya jahitan selari tidak bengkok-bengkok macam ular kena palu. Sudah siap ke belum ? Ok next step jahit atas dan bawah zip tersebut dan juga kanan kiri fabrik jeans secara terbalik.

setelah diterbalikkan
Bahagian luar sudah siap. Sekarang kita ke step seterusnya iaitu bahagian dalam.Jahit kain cotton kanan dan kiri secara terbalik dan masukkan ke dalam fabrik jeans .Jahit jelujur terlebih dahulu untuk mencantumkan fabrik cotton pada fabrik jeans dan zip.

bahagian dalam pencil case
pencil case for you
Menyusul kemudian baby bip yang masih dalam proses. Baiklah pembaca budiman rajin-rajin lah kaki dan tangan tu untuk mencuba. Cara dia lebih kurang macam beg uncang juga. Cuma proses nak sambung kain bahagian dalam dengan zip agak rumit. Apa yang penting kesabaran & kreativiti. Misi selesai.