March 10, 2014

CARA TUKAR ZIP SELUAR YANG SUDAH ROSAK

Entry suam-suam kuku je kali ni. Saya tahu ramai yang terror & tahu macammana hendak tukar zip seluar yang sudah rosak. So, entry untuk hari ni ada kaitan dengannya. Ofissmate request untuk alter seluar kerja 2helai & seluar melayu anaknya sehelai.

 1.Tetas semua jahitan pada zip yang sudah rosak dan gantikan dengan zip yang baru.

seluar yang telah ditetas
2.Jahit tangan (jelujur kasar) zip pada seluar. Jahit mengikut panjang zip iaitu 8cm. Jahitan ini untuk sementara sahaja supaya mudah kita tetas dan buang.

zip sebelah kiri
zip sebelah kanan
3.Jahit zip sebelah kiri dan zip kanan seperti gambar. Setelah siap dijahit lipat bahagian kanan zip ke dalam dan jahit pada badan seluar berbentuk J. Jahit secara berulang pada penghujung jahitan J tadi untuk mematikan jahitan.


4.Final step, masukkan bahagian zip kanan & zip kiri pada pinggang seluar yang telah ditetas dan jahit. Pastikan zip terbuka ya.

5.Misi selesai.