March 25, 2014

CARA-CARA MENJAHIT TOPENG JEREBU AKA HAZE MUSK

Post hari ini simple sahaja. Saya hendak berkongsi dengan anda semua cara-cara menjahit topeng jerebu. Walaupun, jerebu sudah berlalu pergi tetapi harus diingat kesihatan perlu dijaga setiap masa.Kadangkala kita terlalu ghairah memenuhi tuntutan kerja sehingga kesihatan dilupakan. Apa yang penting topeng ini boleh dipakai lama dan bila-bila masa sahaja jika perlu.Sesuai juga untuk penunggang motosikal .

Sediakan, 1 fabrik jeans,1 fabrik cotton, elastic band & kertas lapik.(saya tak pasti nama yang sesuai tapi boleh dibeli di kedai langsir & ah mui kedai tu cakap kertas putih kui kui whatever la)


1.Fabrik jean dijahit bersama-sama kertas lapik.

2.Kemudian,jahitkan fabrik cotton pula pada fabrik jeans secara terbalik di mana bahagian salah mengadap luar. Jangan lupa tinggalkan beberapa cm tanpa berjahit untuk proses terbalikkan kain.

3.Terbalikan kain tadi seperti gambar.

4.Jahit paling tepi perlahan-lahan mengelilingi bentuk topeng tadi sehingga menutupi bahagian yang tidak berjahit tadi.

5.Untuk membuat lubang elastic band, lipat kedua-dua tepi topeng ke dalam dan jahit. Dengan menggunakan pin, sumbat e.band ke dalam lubang tadi.


Topeng Jerebu-versi 1
6.Ikatkan kedua-dua getah tadi mengikut kesesuaian dan keselesaan si pemakai. Versi 1 yang ini sesuai kalau sangkut pada telinga.

Topeng Jerebu-Versi 2
7.Versi 2 yang dalam gambar ni pulak sesuai ditarik ke belakang kepala memudahkan kepada sesiapa yang memakai tudung.

8.Tugasan saya selesai. Pilihan ditangan anda pilihlah dengan bijak.Selamat mencuba.Jahit sampai lebam.