March 17, 2014

TUTORIAL MENJAHIT OVEN MITTEN (OM) DARI FABRIK JEANS

Hai fren.Semua sihat ? Baiklah tanpa berselindung malu-malu kucing, entry untuk hari ini saya hendak paparkan tentang cara-cara menjahit oven mitten. Oven mitten(OM) ni bukan sahaja terpakai bila memasak menggunakan oven, anda semua boleh praktikkan untuk tujuan lain juga. Dah memang tempat tidur dia dekat dapur so, bila start sahaja operasi memasak capai je OM nie.

1.Firstly, sediakan fabrik jeans-2pcs, fabrik cotton-2pcs & span-2pcs.


2.Buat 2 keping 'sandwich' & layerkan ia mengikut turutan >fabrik jean+span+fabrik cotton dan pinkan dengan jarum peniti di setiap sudut.



3.Jahit kedua-dua kepingan tadi secara serong.

kepingan pertama
kepingan kedua
4.Ambil layout kertas OM yang telah dipotong dan letak pada kepingan tadi. Lakar pada kepingan fabrik jeans dan  fabrik cotton dengan jarak sebanyak 0.5cm diantara layout kertas(0.50cm~seam allowances).

kedua-dua oven mitten yang telah dipotong
.5.Potong kedua-dua keping mengikut bentuk lakaran.

bahagian luar o.mitten
6.Jahitkan bahagian bawah mitten dengan kain cotton selebar 2cm sebagai kemasan. Boleh juga jika hendak menggunakan bias tape.


7.Secara terbalik, cantumkan dengan peniti 2 kepingan tadi dan jahit mengelilingi. Kemaskan lebihan jahitan disekeliling dengan jahitan zig-zag. Dah siap, terbalikkan bahagian luar(kain cotton) ke dalam.

tetas beberapa cm untuk memasukkan tali penyangkut (ini untuk kes mudah lupa)
8.Sepatutnya sebelum proses mencantum saya perlu pinkan tali penyangkut terlebih dahulu bersama-sama dengan label jahitan. Kali ini saya terlupa coz to excited. Jadi saya tetas sedikit bahagian mitten yang paling bawah untuk selitkan tali tadi dan kemudiannya saya jahit semula. 


9.Saya hasilkan ribbon dan jahit pada bawah mitten.

10.Tugasan selesai. Next project what ? Arghhh no idea.