Manusia ni ada bermacam-macam ragam. Ada yang suka tidur dengan lampu terang dan ada juga yang suka bergelap.Tapi bagi saya & keluarga lebih suka jika waktu tidur tidak diganggu dengan cahaya lampu yang terang. Hanya on bahagian yang perlu sahaja seperti ruang dapur . Bagi yang tidak suka tidur dalam gelap bagaimana pula?Kalau boleh satu rumah kena on suis lampu.Dan adalah tidak adil bagi satu pihak lagi yang lebih gemar tidur dalam gelap .Penyelesaiannya adalah dengan mengenakan penutup mata.Post untuk kali ini saya terangkan dengan ringkas cara-cara menjahit penutup mata.
Sediakan 1-fabrik jeans, 1-fabrik cotton , kain keras (sepatutnya guna batting ) & elastic band.
Susun seperti sandwich >jeans>kain keras>cotton dan jahit sekeliling mengikut bentuknya.Jahit elastic band pada kanan dan kiri penutup mata berulang kali.
Jahit bias tape di sekeliling penutup mata.
Penutup yang saya buat ni saiz untuk orang dewasa. So,bila budak kecil yang mencuba nya jadi besar gedabak sampai hidung pun hampir tertutup. Misi pun selesai untuk kali ini.Buat anda semua selamat mencuba.