Remote mana? Sambil tertanya-tanya dalam hati. Tadi letak kat sini, ker kat sana ker bawah bantal.Ada sesiapa yang buat main dan bawak kemana-mana? Anak-anak senyap sepi. Semua menikus sebab mak kucing dah datang. Saya percaya semua mesti penat dengan soalan-soalan tadi kan.Janga kusutkan fikiran kerana setiap masalah pasti ada jalan keluar.Kenalah berfikir di luar kotak.
1.Sediakan fabrik cotton 2pcs (berlipat), potong kaki fabrik jeans 2pcs, scrap pinggang seluar jeans.
2.Secara terbalik jahit kaki seluar jeans paling bawah dan terbalikkan. Ulang proses yang sama pada fabrik cotton.Pastikan ukuran betul-betul sama lebar dengan fabrik jeans.
3.Masukkan fabrik jeans kedalam fabrik cotton.Pinkan keliling fabrik terlebih dahulu supaya mudah ketika menjahit.Lagipun kita perlu ambil tahu ukur lilit kedua-dua fabrik supaya sama. Jangan lupa pin kedua-dua handle seperti gambar.Jahit dan tinggalkan beberapa cm tanpa berjahit.
4. Terbalikkan bahagian dalam keluar dan masukkan semula fabrik cotton ke dalam fabrik jeans.Potong dan samakan panjang handle.
5.Jahit paling atas fabrik tadi.Ulang proses yang sama untuk bahagian atas pula.
6.Fabrik yang kedua tetas bahagian bawahnya untuk memasukkan kedua-dua handle. Ini kes kalau terlupa sahaja. Banyak tertelan semut barangkali.Sepatutnya semasa step yang pertama tadi kita perlu siap sedia pasang handle.
7.Jahit bahagian paling bawah yang kita tetas tadi.
8.Hias dengan ribbon.Misi selesai. Selamat menjahit dengan gigih.
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan untuk menghantar sebarang komen. Salah dan silap harap diperbetulkan dan sama-sama kita perbaiki.Semoga ilmu yang dikongsi diberkati.