October 29, 2014

TUTORIAL HANDPHONE CASE DARI FABRIK SELUAR JEANS

Assalamualaikum.........

Hari ini saya ingin berkongsi hasil kerja saya yang terbaru iaitu handphone case. Simple jer & tiada hiasan.Ini sahaja yang termampu. Entahlah tiba-tiba idea hilang entah kemana. Pertama, perlu ukur fabrik mengikut ukuran handphone masing-masing sebelum proses menggunting. Perlu ada seam allowance 0.5". Fabrik jeans 2 pc dan fabrik cotton 2 pcs. Untuk span pula potong mengikut ukuran handphone tanpa ada seam allowance.

1.Pin span pada kedua-dua fabrik cotton.

2.Jahit berselang seli seperti gambar. Maaf la yer sebab jahitan senget-senget dan tidak lurus. Perlu draft terlebih dahulu menggunakan pembaris sebelum menjahit.

3.Cantumkan kedua-dua fabrik. Kemudian,masukkan fabrik jeans ke dalam fabrik cotton.(Untuk mengetahui bagaimana kedudukan fabrik sila lihat di sini dan di sini.)

.
4.Terbalikkan bahagian dalam ke luar melalui bahagian yang tidak berjahit.

4.Tolak fabrik cotton kedalam fabrik jeans dan jahit bahagian paling atas.






5.Tugasan selesai dan selamat mencuba.

October 28, 2014

TUTORIAL BUNGA PENANGGAH DARI SCRAP SELUAR JEANS

Assalamualaikum.......

Saya pasti anda tau apa itu bunga penanggah.Bunga ni jadi glamor bila ada aktiviti kenduri kendara dan juga majlis-majlis rasmi. Selalu orang yang bergotong-royong memasak,membasuh pinggan mangkuk, kemas meja makan yang akan memakainya selain tuan rumah itu sendiri.Untuk menjimatkan kos, apa kata kita tukar selera dengan menggunakan fabrik jeans. Perlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga sahaja. Sepatutnya ada not RM pada bunga tapi tak sempat nak letak pula.

1.Potong fabrik berukuran 3"x 2.50" sebanyak 5keping (untuk kelopak).


2.Lipat kedua-dua keping fabrik ke dalam mengikut ukuran yang sama dan gosok.


3.Lipat dua fabrik yang telah digosok tadi seperti gambar. Jahit pada bahagian bawah dan tarik ketat. Ulang proses yang sama sehingga habis kelima-lima kelopak.

4.Kemaskan setiap kelopak dan jahit ketat. kedua-dua bahagian yang berlubang tampal dengan fabrik jeans berbentuk bulat.

5.Guna glue gun untuk melekatkan pin pada bahagian tengah kelopak dan tunggu sehingga kering. Hias dengan butang,bunga ros atau riben.



 6.Sebahagian hasil kerja yang telah siap. Mudah bukan ? Selamat mencuba.

BUNGA TANGAN UNTUK PENGANTIN DARI SCRAP SELUAR JEANS

Assalamualaikum...

Apa khabar teman-teman semua. Harap semua sihat-sihat belaka hendaknya. Apabila datang mood malas, hilang semua aura untuk update blog. Inilah kesudahannya, blog terabai tanpa pembelaan...he he he.Oh ya, musim cuti sekolah tak lama lagi akan menjelma. Masa inilah ramai yang ambil peluang untuk mendirikan rumah tangga. Post hari ini ialah bunga tangan/hand flower untuk pengantin. Material yang saya gunakan adalah soft fabrik jeans dan campuran bunga plastik. Fabrik jeans yang digunakan kebanyakkannya dari scrap seluar jeans balance dari aktiviti menjahit sebelum ini. Oleh sebab itu, colour bunga ros pada bunga tangan yang saya hasilkan anda nampak ada yang terang dan gelap.

Bunga tangan ini ada 30 tangkai bunga ros. Setiap satu tangkai ada 6 kelopak iaitu 4 kecil dan 2 besar. Maka, jumlah kelopak yang anda semua perlu draft+gunting+cantum ialah 180pcs. Saya mengambil masa selama seminggu untuk menyudahkan tugasan ini .Tidak kira weekend, weekdays pun saya curi-curi masa. Ianya berbaloi bila melihat hasilnya. Selamat mencuba.




proses penyusunan