January 22, 2014

RUBBER BAND

1.Potong fabrik jeans berukuran 24cm & elastic band 12cm

2.Tambahkan aksesori dengan menjahit butang& manik pada fabrik. Pastikan butang & manik yang hendak dijahit tidak melebihi ruang paling bawah.


3.Temukan fabrik secara terbalik & jahit.


4.Tolak masuk elastic band ke dalam fabrik jeans tadi sehingga bertemu.

Elastic band pegang & ikat.(tak nampak kelibat)
 5.Ikat elastic band atau jahit tangan. Terpulang pada anda ikut jalan mana yang mudah. Jangan ikut jalan yang sesat. :).

6.Temukan kedua-dua ruang yang terbuka tadi dan jahit. Part ini ambil masa yang agak lama sebab agak sukar menjahit ruang yang kecil.


7.So, here you are. Rubber band ready to use. Mission completed. It's took almost less than half an hour to finish it. 

pengaya rubber band tak bertauliah

January 20, 2014

RIBBON

Perca kain jeans yang telah dipotong jangan dibuang. Macam-macam yang kita boleh reka. So, kali ini saya terfikir untuk menghasilkan riben. Perancangan saya, riben-riben ini mungkin saya boleh letak sebagai aksesori tambahan pada beg, sepit rambut, cekak rambut dan macam-macam.
Potong kain jeans berukuran 9cm panjangx5cm lebar. Jahit secara terbalik seperti gambar. Tinggalkan sedikit tanpa berjahit anggaran 4cm.
Terbalikkan kain jeans bahagian luar ke dalam.Tolak keempat-empat bucu kain dengan hujung gunting agar kelihatan kemas.Jahit bahagian 4cm tadi.

Susun sebanyak 4 lipatan seperti gambar. Jahit tangan sedikit untuk memastikan riben tidak bergerak dan kemas.
Ambil kain cotton dan jahit pada riben untuk kekemasan bahagian tengah riben.

Tara..misi selesai. Tugasan ini mengambil masa tak sampai pun setengah jam.Tapi kan, macam ada sesuatu yang tertinggal.Apa yer? Alamak, butang baju tak jahit.

BEG SILANG(2)

Hai all.3 hari cuti yang panjang agak membosankan jika tiada aktiviti menjahit. Lagi sekali hari ini saya akan postkan entry pasal beg.

 Sediakan fabrik jeans dan fabrik cotton 18cm x 21cm.Untuk fabrik jeans potong bahagian yang ada poket.

Sediakan,tali beg berukuruan 90cm panjang x 4cm lebar cotton & jeans.Disebabkan kain jeans terhad, saya sarankan anda sambung untuk mendapatkan ukuran 90cm tersebut. Abaikan poket kecil seluar jeans pada gambar diatas.Nak famous sekejap. :)

Jahit tali beg secara terbalik iaitu muka menghadap muka. Hujung tali beg letak pin supaya mudah untuk proses terbalik bahagian dalam ke luar.
setelah diterbalikkan
Untuk kekemasan sila iron tali beg tersebut . Bahagian yang terbuka tadi bolehlah dijahit.

Kemudian, jahit fabrik jeans dan cotton kanan,kiri dan bawah secara terbalik. Terbalikkan fabrik jeans dan masukkan kedalam fabrik cotton secara muka mengadap muka.Pastikan kedua-dua fabrik sama panjang. Jika perlu potong sedikit supaya sama-rata.

 Jahit bahagian atas jangan lupa tinggalkan beberapa cm kanan dan kiri beg untuk tali beg.

Masukkan tali beg kedalam bahagian beg yang tidak berjahit tadi dan pin.Jahit sekeliling beg tadi.

 Potong pelekat velcro berukuran 4cm dan jahit dibahagian atas dan bawah.
pelekat velcro yang telah dijahit.

Supaya beg ini tidak terlalu kosong saya hiaskan dengan riben dan motif bunga menggunakan butang. So, macamana ? Mudah bukan ? Misi selesai untuk hari ini. Selamat menjamu mata dan menjahit.