April 14, 2014

TIADA AKTIVITI MENJAHIT-OFF DAY FOR BIRTHDAY PARTY

Entry untuk hari ini tiada kaitan dengan aktiviti rutin saya iaitu menjahit. Bagilah chance, berehat untuk sementara waktu bagi laluan untuk saya enjoy dengan anak-anak. Bagi memenuhi jemputan offismate sempena hari lahir anak beliau Danish Dazrin Shah yang memasuki umur 1tahun.Majlis diadakan di KidZoona, Jusco Bukit Tinggi Klang dari jam 3.00-5.00petang.





Goodies bag
besday cake



bacaan doa sebelum acara bermula

 lagu birthday

mommy dengan birthday boy

program kanak2-siapa cepat makan kek



program bapa-siapa cepat makan epal

 

program ibu-siapa cepat habiskan air

peace yo

April 7, 2014

CARA-CARA MENJAHIT BANTAL PELUK BABY AKA BOLSTER

Seperti yang dijanji, entry kali ini ialah bantal peluk tetapi version kecik khas untuk baby .Sesiapa yang single, kalau tidur sorang2 bantal peluk lah yang menjadi peneman setia. Kalau di rumah saya, bantal peluk yang besar tu anak-anak buat main tinju, hempuk menghempuk & bantal terbang macam cerita P.Ramlee zam zam ala kazam. Oklah kita teruskan misi kita yang belum selesai. Sebelum tu sediakan:

1.Fabrik cotton-1 keping (panjang 12"x lebar 13")
2.Fabrik jeans-2 keping ( panjang 13"x lebar 4")
3.Tali pengikat-2 pcs (panjang 15"x lebar 0.50"

ukur 13" (seam allowances 0.50)




1.Cantumkan jeans pada fabrik cotton di bahagian lebar 13" tadi


2.Lipat fabrik jeans ke dalam dan jahit. Ruangan tidak berjahit adalah untuk tali pengikat.


3.Lebihan 0.50" fabrik cotton tadi temukan dan jahit.


4.Masukkan tali pengikat pada lubang kain jeans tadi dengan menggunakan pin.Buat untuk kedua-dua bahagian.

pandangan tepi

5.Sumbat masuk bantal baby yang 'naked' dan ikat ketat.

6.Bantal busuk baby pun siap dan maka dengan ini saya sahkan tugasan selesai. Tersembunyilah segala kotoran degil, air liur basi di dalamya. Happy sewing.

CARA-CARA MENJAHIT POT HOLDER YANG ADA POKET

Weekend task untuk kali ini hanya 2 sahaja. Pot holder dengan bantal peluk baby. Sat lagi saya postkan entrynya. Saya recycle kemeja kerja lama yang saya tidak pakai lagi. Mana yang masih cantik saya hantar ke tong recycle.

Di sini apa yang kita perlukan ialah- 2 keping fabrik , 1 keping fabrik jeans (hiaskan dengan butang, kain felt), span nipis dan bias tape.
**ukuran kedua2nya - 8.5''x7.5" (sudah termasuk seam allowances yer)
1.Susunan fabrik cotton>span>fabrik cotton dan pinkan . Jahit silang berulang kali.


2. Tindih fabrik jeans pada kepingan yang sudah berjahit tadi dan jahit sekelilingnya untuk membentuk poket. Kemudian, setiap 4 bucu kepingan tadi gunting untuk membuat lengkungan.


3. Pasang bias tape.Jangan lupa gunting dahulu tepi kepingan tadi supaya sekata dan kemas.



4.Misi hari minggu saya selesai. Tukarkan sesuatu yang biasa menjadi luarbiasa. Menjahit sampai lebam.