December 31, 2013

HAPPY NEW YEAR 2014


Selamat menyambut tahun baru. Cabaran dan dugaan datang dan pergi. Tabahlah menghadapi. Semoga tercapai apa yang selama ini diimpi . Berkat doa dan kesabaran sebagai pengganti.

POT HOLDER


Hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk menyiapkan tugasan ini. Kali ini saya terfikir untuk menghasilkan pot holder. Seperti biasa saya gunakan fabrik jeans.


Potong 2 helai fabrik jeans berukuran 16x16cm & span 15.5cm.Sediakan juga tali untuk mengantung pot holder.
bahagian depan dengan span
Pinkan span diatas kedua-dua kain jeans secara terbalik.Begitu juga dengan penyangkut. Selit di bahagian bucu secara kedalam.

bahagian belakang -tanpa span
Kemudian jahit setiap sudut. Tinggalkan sedikit bahagian yang tidak berjahit supaya mudah untuk diterbalikkanya.
Terbalikkan kain jeans bahagian dalam keluar melalui bahagian yang tidak berjahit. Akan kelihatan seperti gambar di atas. Kita perlu kemaskan bahagian tepi dengan jahitan sahaja atau juga bias tape.
Final touch agar pot holder kelihatan kemas saya jahit tepi dan silang. Supaya nampak cantik bolehlah jahitkan dengan bias tape  yang bercorak so takderlah nampak kosong.


I made 2 set of pot holder. At least they together as friend.


Here you are, task is complete. Challenge yourself to create something usefull.

PIN CUSHION-BLOCK

Dah lama tak post entry. Hujung tahun begini banyak perkara yang perlu difikirkan dan dibuat. Post untuk hari  ini hanya  berkenaan pin cushion juga tapi berbentuk empat segi.


Potong 4 keping jeans fabrik & dua keping kain cotton berukuran 7x7cm. 

 Jahit semua fabrik jeans secara memanjang seperti gambar.

Setiap bucu fabrik jeans cantumkan dengan kain cotton seperti gambar. Jahit kesemua sudut.

 Satu lagi bahagian tinggalkan sedikit tanpa dijahit untuk memasukkan kapas. 

bahagian luar selepas diterbalikan
bahagian luar




  Masukkan kapas kedalam  sehingga penuh melalui bahagian yang tidak berjahit. Kemudian jahit dengan mesin atau tangan bahagian yang tidak berjahit itu.


Maka inilah hasilnya. Misi untuk hari ini selesai. Harap gambar diatas membantu. Selamat Menjahit.

December 27, 2013

PIN CUSHION-SQUARE

N3 kali ini pasal pin cushion. Seperti biasa saya ambil material kain jeans sebagai asasnya.

 Potong 2 keping kain jeans berukuran 5x5cm. 
 Potong 2 helai riben sama ukuran dengan kain jeans. Ambil sekeping kain jeans & jahit riben pada kain jeans tersebut seperti gambar.Sebenarnya terpulang & ikut suka suki nak buat pattern macam mana pun. Saya buat yang simple je.Server otak tengah loading virus MALAS.

 Dah siap jahit, ambil lagi satu kain jeans, pin secara terbalik. Muka mengadap muka. Kemudian, jahit semua bahagian. Jangan lupa tingalkan beberapa cm untuk aktiviti sumbat meyumbat. Pemuda Petua nak bagi bucu tu cantik bila dah diterbalikkan, setiap 4 bucu tu potong serong.

Dah siap jahit kita terbalikkan. Begini la rupanya.Bucu-bucu kain tu kalau nak bagi kemas tolak dgn hujung gunting pun boleh. Nampak tak baki kain yang saya tinggalkan tak jahit ?Lepas tu sumbatlah dengan fibre/kapas/kekabu. Dah siap isi, kain yang tidak dijahit tu, korang jahit dengan tangan atau mesin.

pin cushion-jeans

pin cushion-cotton

serupa tapi tak sama


Senang bukan. So, cabar la diri anda mereka sesuatu yang kreatif. Misi selesai.

December 24, 2013

LABEL BAJU-WOVEN DAMASK

Bidang jahitan ini, buat permulaan adalah secara kecil-kecilan.Test market orang kata.Mungkin suatu hari nanti, bila saya berpeluang menjadi surirumah sepenuh masa bidang ini akan menjadi besar-besaran. Bermula dari hobi bertukar ke kerjaya. Untuk pengetahuan semua,inilah label baju untuk produk-produk saya.Hasil tempahan dari blog www.labelbajumalaysia.com


close up
Can you guess how many label inside the jar ?

APRON

N3 kali ini adalah apron. Memasak memang sesuatu yang mengujakan. Tambahan pula kalau apa yang si ibu masak licin.Anak-anak & hubby suka makan. Tapi yang tidak seronoknya bila baju kotor . Dinding rumah pun tidak terkecuali. Masa inilah apron sangat-sangat diperlukan sebagai penyelamat :). Inilah apron yang berjaya saya hasilkan. Saya pakai skirt jeans yang tidak akan saya pakai lagi.
gambar penuh

bahagian bawah


 Poket seluar jeans saya tetas dan jahit pada badan apron. Pastikan dari seluar jeans yang sama.
bahagian kiri

Saya jahit tangan dengan hiasan bunga+butang supaya tak begitu kosong.
bahagian kanan
Belah kanan pula saya tampalkan kain perca dengan membuat motif burung. Mission incompleted.

Apa yang penting minat dan kreativiti . Dengan adanya apron yang comel ini kerajinan memasak pun mengebu-gebu. Happy cooking to all.

December 23, 2013

BEG SILANG(1)


Lumrah & menjadi satu kemestian kebanyakkan wanita mesti membawa handbag.Kalau boleh semua barang hendak disumbat dalam handbag. Apa kata sesekali cuba pula bag silang bila pergi berjalan-jalan,window shopping atau pergi market. Apa yang perlu dibawa hanya IC,driving licence & yang  mana perlu sahaja. Agak sukar untuk menghasilkannya.Well, I m a beginner.Practice make perfect.

Gambar penuh



Close up

Sama seperti produk yang lain, jahitan tangan dengan motif bunga+butang adalah wajib.Takder la kosong sangat. Simple.

Bahagian dalam tiada poket cuma saya lapik dgn kain .Sama juga dengan tali silang. Kemudian saya jahitkan pelekat velcro pada badan beg & penutup.Sekali pandang macam beg konduktor bas jew...takperlah yang penting mission incomplete.

December 20, 2013

COIN PURSE

Bila duit syiling dah terlampau banyak & berat, tak tertampung wallet kita. Berat melebihi muatan. Lama-lama boleh koyak. Jadi, idea menjahit pun datang. Baki kain jeans yang kecil saya simpan dan recycle.Terhasillah dompet syiling yang comel lote ni. Sebahagian koleksi dompet syling saya.





Bahagian dalam
Untuk kemasan bahagian dalam saya lapik dengan kain lain supaya tak nampak jahitan saya yang tak berapa kemas.Mission incomplete.

LETTER HOLDER-VERTICAL

Satu sikap kita, bila dapat surat suka letak merata-rata. Bila nak cari tak jumpa. Plink.:) Otak memproses. Maka datanglah idea untuk mejahit tempat letak surat yang macam tak comel jew. Saya potong kaki seluar jeans bahagian paha sebab boleh dapat saiz kain yang lebih besar. Dah potong part2 lain jangan buang.Guna selagi mampu.Cabar kreativiti diri.

Abaikan remote disebelah.:) Poket suar jeans tu saya tanggalkan dan jahit seperti gambar diatas. Tampal atas & bawah. Saya makeover dengan menjahit motif bunga menggunakan butang. Daripada kosong..kosong..kosong...

POKET ATAS




POKET BAWAH
Mission incomplete. Boleh lah gantung dan tayang.

HAND TOWEL-HALF CIRCLE

Lihat dari dalam diri, badan ku semakin hari semakin membesar.Lihat didalam almari banyak seluar jeans yang dah mengecil.Daripada saya buang lebih baik saya recycle. 

Macam cantik jew..macam comel jew...: ) Idea datang dan pergi. Maka, terhasillah tuala lap tangan yang tak seberapa nie. Yang semi circle tu material dari kain seluar jean terpakai.Yang tuala tu macam biasalah beli di supermarket.





Cupcakes tu jahitan tangan .Saya buat layout cupcake dahulu dengan pen,jahit & tampal butang sebagai hiasan.Kalau ada yang perasan bahagian bawah sebelah kanan,saya jahit dengan label baju saya sendiri. Bolehlah gantung di dapur untuk tatapan.Sayang pulak nak kotorkan. Mission incomplete

December 16, 2013

SAAT YANG TERINDAH

Assalamualaikum....

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, akhirnya berjaya membuat satu blog hasil 'bertapa' dengan mbah googles .Tiada apa yang istimewanya, cuma ingin memperkenalkan hasil kerja tangan saya kepada pengunjung blog yang 'biasa' ini. Mungkin ada yang berminat untuk membeli hasil kerja saya atau berkongsi ilmu pengetahuan dan sahabat di alam maya. Semoga apa yang kita usaha & impikan di berkati olehNya.