Dah lama tak post entry. Hujung tahun begini banyak perkara yang perlu difikirkan dan dibuat. Post untuk hari ini hanya berkenaan pin cushion juga tapi berbentuk empat segi.
Potong 4 keping jeans fabrik & dua keping kain cotton berukuran 7x7cm.
Jahit semua fabrik jeans secara memanjang seperti gambar.
Setiap bucu fabrik jeans cantumkan dengan kain cotton seperti gambar. Jahit kesemua sudut.
Satu lagi bahagian tinggalkan sedikit tanpa dijahit untuk memasukkan kapas.
bahagian luar selepas diterbalikan |
bahagian luar |
Maka inilah hasilnya. Misi untuk hari ini selesai. Harap gambar diatas membantu. Selamat Menjahit.
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan untuk menghantar sebarang komen. Salah dan silap harap diperbetulkan dan sama-sama kita perbaiki.Semoga ilmu yang dikongsi diberkati.