December 17, 2014

LUGGAGE COVER

Assalamualikum...

Bagi memenuhi permintaan adik kesayangan yang request luggage cover saya gagahkan jua untuk mencabar diri menjahit sehingga berjaya. Beliau akan ke Korea pada 27hb atas tuntutan kerja. Berat untuk menolak permintaannya. Sebab utamanya saya excited dengan tugasan menjahit uniform sekolah anak si kembar yang akan bersekolah darjah 1 tahun depan . Iyalah, bimbang tak terjahit. Pejam celik pejam celik begitu pantas masa berlalu .Tapi takper ada habuan menanti dan akan ku tuntut sampai lebam.:)

Fabrik yang saya gunakan kali ini untuk inner & outer kebanyakkannya dari fabrik cotton.Untuk hiasan pula saya selitkan sedikit fabrik jeans iaitu poket dan corak burung hantu.

Selamat menjamu mata & enjoy.

Proses fitting baju pada luggage. Ulang proses yang sama untuk bahagian inner luggage seperti gambar.

potong sedikit bahagian paling bawah iaitu paras atas tayar
proses menebuk lubang untuk handle luggage
proses kemasan sebelum menjahit lubang handle
pelekat velcro pada bahagian bawah luggage cover
dua poket seluar jeans sebagai hiasan

hiasan burung hantu dari fabrik seluar jeans

dasar luggage.

November 12, 2014

TEMPAHAN COIN PURSE UNTUK FAUZIAH-KEDAH

Assalamualaikum.....

Untuk pertama kalinya, saya mendapat tempahan dari warga internet untuk menghasilkan coin purse. Buat permulaan untuk orang yang baru berkecimpung dalam bidang jualan internet macam saya.he he :) Pepatah mengatakan rezeki jangan di tolak. Alhamdulillah saya berjaya menyiapkan tempahan pertama dari customer nun jauh di Kedah. Beliau menempah coin purse sebanyak 5pcs. Saya berharap beliau berpuas hati dengan hasil kerja saya.

Pagi Hari Menuai Padi,
Untuk Jualan Di Pasar Pagi,
Terima Kasih Daun Keladi,
Akan Datang Tambah Order Lagi,



October 29, 2014

TUTORIAL HANDPHONE CASE DARI FABRIK SELUAR JEANS

Assalamualaikum.........

Hari ini saya ingin berkongsi hasil kerja saya yang terbaru iaitu handphone case. Simple jer & tiada hiasan.Ini sahaja yang termampu. Entahlah tiba-tiba idea hilang entah kemana. Pertama, perlu ukur fabrik mengikut ukuran handphone masing-masing sebelum proses menggunting. Perlu ada seam allowance 0.5". Fabrik jeans 2 pc dan fabrik cotton 2 pcs. Untuk span pula potong mengikut ukuran handphone tanpa ada seam allowance.

1.Pin span pada kedua-dua fabrik cotton.

2.Jahit berselang seli seperti gambar. Maaf la yer sebab jahitan senget-senget dan tidak lurus. Perlu draft terlebih dahulu menggunakan pembaris sebelum menjahit.

3.Cantumkan kedua-dua fabrik. Kemudian,masukkan fabrik jeans ke dalam fabrik cotton.(Untuk mengetahui bagaimana kedudukan fabrik sila lihat di sini dan di sini.)

.
4.Terbalikkan bahagian dalam ke luar melalui bahagian yang tidak berjahit.

4.Tolak fabrik cotton kedalam fabrik jeans dan jahit bahagian paling atas.






5.Tugasan selesai dan selamat mencuba.

October 28, 2014

TUTORIAL BUNGA PENANGGAH DARI SCRAP SELUAR JEANS

Assalamualaikum.......

Saya pasti anda tau apa itu bunga penanggah.Bunga ni jadi glamor bila ada aktiviti kenduri kendara dan juga majlis-majlis rasmi. Selalu orang yang bergotong-royong memasak,membasuh pinggan mangkuk, kemas meja makan yang akan memakainya selain tuan rumah itu sendiri.Untuk menjimatkan kos, apa kata kita tukar selera dengan menggunakan fabrik jeans. Perlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga sahaja. Sepatutnya ada not RM pada bunga tapi tak sempat nak letak pula.

1.Potong fabrik berukuran 3"x 2.50" sebanyak 5keping (untuk kelopak).


2.Lipat kedua-dua keping fabrik ke dalam mengikut ukuran yang sama dan gosok.


3.Lipat dua fabrik yang telah digosok tadi seperti gambar. Jahit pada bahagian bawah dan tarik ketat. Ulang proses yang sama sehingga habis kelima-lima kelopak.

4.Kemaskan setiap kelopak dan jahit ketat. kedua-dua bahagian yang berlubang tampal dengan fabrik jeans berbentuk bulat.

5.Guna glue gun untuk melekatkan pin pada bahagian tengah kelopak dan tunggu sehingga kering. Hias dengan butang,bunga ros atau riben.



 6.Sebahagian hasil kerja yang telah siap. Mudah bukan ? Selamat mencuba.

BUNGA TANGAN UNTUK PENGANTIN DARI SCRAP SELUAR JEANS

Assalamualaikum...

Apa khabar teman-teman semua. Harap semua sihat-sihat belaka hendaknya. Apabila datang mood malas, hilang semua aura untuk update blog. Inilah kesudahannya, blog terabai tanpa pembelaan...he he he.Oh ya, musim cuti sekolah tak lama lagi akan menjelma. Masa inilah ramai yang ambil peluang untuk mendirikan rumah tangga. Post hari ini ialah bunga tangan/hand flower untuk pengantin. Material yang saya gunakan adalah soft fabrik jeans dan campuran bunga plastik. Fabrik jeans yang digunakan kebanyakkannya dari scrap seluar jeans balance dari aktiviti menjahit sebelum ini. Oleh sebab itu, colour bunga ros pada bunga tangan yang saya hasilkan anda nampak ada yang terang dan gelap.

Bunga tangan ini ada 30 tangkai bunga ros. Setiap satu tangkai ada 6 kelopak iaitu 4 kecil dan 2 besar. Maka, jumlah kelopak yang anda semua perlu draft+gunting+cantum ialah 180pcs. Saya mengambil masa selama seminggu untuk menyudahkan tugasan ini .Tidak kira weekend, weekdays pun saya curi-curi masa. Ianya berbaloi bila melihat hasilnya. Selamat mencuba.




proses penyusunan






July 1, 2014

TUTORIAL REMOTE CONTROL HOLDER DARI FABRIK JEANS

Remote mana? Sambil tertanya-tanya dalam hati. Tadi letak kat sini, ker kat sana ker bawah bantal.Ada sesiapa yang buat main dan bawak kemana-mana? Anak-anak senyap sepi. Semua menikus sebab mak kucing dah datang. Saya percaya semua mesti penat dengan soalan-soalan tadi kan.Janga kusutkan fikiran kerana setiap masalah pasti ada jalan keluar.Kenalah berfikir di luar kotak.


1.Sediakan fabrik cotton 2pcs (berlipat), potong kaki fabrik jeans 2pcs, scrap pinggang seluar jeans.


 2.Secara terbalik jahit kaki seluar jeans paling  bawah dan terbalikkan. Ulang proses yang sama pada fabrik cotton.Pastikan ukuran betul-betul sama lebar dengan fabrik jeans.


3.Masukkan fabrik jeans kedalam fabrik cotton.Pinkan keliling fabrik terlebih dahulu supaya mudah ketika menjahit.Lagipun kita perlu ambil tahu ukur lilit kedua-dua fabrik supaya sama. Jangan lupa pin kedua-dua handle seperti gambar.Jahit dan tinggalkan beberapa cm tanpa berjahit.


4. Terbalikkan bahagian dalam keluar dan masukkan semula fabrik cotton ke dalam fabrik jeans.Potong dan samakan panjang handle.


5.Jahit paling atas fabrik tadi.Ulang proses yang sama untuk bahagian atas pula.


6.Fabrik yang kedua tetas bahagian bawahnya untuk memasukkan kedua-dua handle. Ini kes kalau terlupa sahaja. Banyak tertelan semut barangkali.Sepatutnya semasa step yang pertama tadi kita perlu siap sedia pasang handle.


7.Jahit bahagian paling bawah yang kita tetas tadi.


8.Hias dengan ribbon.Misi selesai. Selamat menjahit dengan gigih.


June 24, 2014

HEAD BAND DARI SCRAP SELUAR JEANS

Head band dari scrap seluar jeans yang berjaya saya hasilkan. Ambil bahagian pinggang seluar jeans dan potong ikut ukur lilit kepala masing-masing. Buang handle tali pinggang  Hias terlebih dahulu head band tadi. Kemudian,jahit pelekat velcro dia penghujung head band. Sedia untuk di pakai.Saya percaya anda semua berbakat.Tugasan ini mengambil masa tidak sampai 1/2 jam.Cubalah. Anda boleh bergaya dengan modal yang sangat minimum.







June 23, 2014

MUG PAD AKA LAPIK CAWAN DARI SCRAP SELUAR JEANS

Scrap dari seluar jeans sebenarnya banyak kegunaannya. Jangan terus dibuang.Dengan seni dan kreativiti yang ada  anda boleh tukarkan ia menjadi sesuatu yang sangat bernilai dan berguna. Disamping dapat memenuhi masa lapang ia juga dapat mencantikkan rumah. Selalu ramai yang hanya memotong bahagian fabrik jeans yang nipis dan mengabaikan bahagian tepi seluar jeans sebab terlalu tebal. Kali ini apa kata anda simpan.Gulung ia membentuk bulatan dan jadikan ia sebagai pelapik cawan.Kalau ingin digunakan sebagai alas periuk pun boleh juga.Terpulang kepada anda.