May 27, 2014

POT HOLDER DARI POKET SHORT PANTS

Kesibukan berkerja, penat lelah mengurus anak-anak, rumah tangga, ditambah pula dengan projek menjahit langsir yang ditempah oleh customer memang tak menang tangan. So, entry untuk kali ini yang biasa-biasa sahaja iaitu pot holder dari poket short pants .Untuk menghasilkannya, saya potong kedua-dua belah poket short pants. Ianya sangat sesuai digunakan semasa mengeluarkan tray dari oven. Poket tersebut berfungsi sebagai cover tangan/jari dari terkena panas.Kalau tidak merudum la harga hantaran .(untuk yang belum kahwin ya). Sudi-sudikanlah membaca sampai khatam ya.

Step untuk menghasilkan pot holder :


1.Potong fabrik cotton dan short pants berukuran ~7"x7", span~6"x6" dan handle.


2.Pin span pada fabrik cotton. Jahit secara menyerong berulang-kali seperti gambar.


3.Cantumkan fabrik cotton dan seluar dimana bahagian yang betul di luar.


4.Pasang handle pada bahagian atas pot holder. Potong dan ratakan bahagian tepi mengikut saiz lebar bias tape.


5.Jahit bias tape betul-betul di atas garis jahitan.



5.Misi selesai. Happy sewing.

May 26, 2014

TUTORIAL HIASAN KERETA DARI FABRIK JEANS

Post hari ini tentang hiasan kereta. Saya percaya kebanyakan kita ada menggantung pelbagai hiasan pada cermin kereta pandang belakang. Ada yang meletakkan hiasan berbentuk bunga, teddy bear, batu kristal dan macam-macam lagi. Saya mendapat idea untuk menghasilkan hiasan kereta dari fabrik jeans. Tutorial nya saya sediakan di bawah.


1.Potong fabrik jeans berbentuk love sebanyak 4pcs dimana bahagian atas dua dan bawah dua.


2.Pin kan handle pada bahagian atas dan bawah kemudian jahit beberpa inci dari tepi.Jangan lupa tinggalkan sedikit ruang tanpa berjahit. Dan, isikan dengan kekabu/span ke dalam melaluinya.

.
3.Selepas diisi dengan kekabu jahit ruang yang tidak berjahit tadi. Serta, ulang proses yang sama pada fabrik jeans bahagian bawah pula.


4.Hias hasil kerja anda dengan pelbagai aksesori supaya tidak hambar.Jangan peram dan pendam kreativiti anda.Saya menggunakan manik dan bunga sebagai hiasan.


4.Misi selesai. Tugasan ini hanya mengambil masa tidak sampai satu jam.Thank sebab sudi membaca.

May 21, 2014

TUTORIAL COIN PURSE DARI FABRIK JEANS

Entry saya sebelum ini di sini juga tentang coin purse. Tetapi saya tidak sertakan sekali dengan tutorial. Hope entry yang di paparkan memberi manfaat pada semua. Apa yang kita perlukan adalah :

Fabrik jeans-1pcs ukuran 13"x5"
Linning-1pcs ukuran 13"x5"
Zip-1pcs (ukuran 5" > sebab kalau terlebih panjang pun masih boleh dipotong)


1.Jahit dahulu hiasan pada luar fabrik jeans mengikut kreativiti tersendiri.


2.Jahit zip pada bahagian atas fabrik jeans.


3.Jahit pula linning pada bahagian atas zip. Ulang proses yang sama pada zip yang lagi satu.


4.Setelah kedua-dua belah zip di jahit beginilah rupanya. Dan untuk menambahkan kekemasan jahit secara bertindih kedua-dua fabrik di bahagian paling atas fabrik.


5.Temukan linning dan fabrik jeans dimana bahagian luar di dalam.Pastikan zip terbuka sebelum menjahit.Potong lebihan zip.


6.Jahit kedua-dua bahagian tepi. Tinggalkan beberapa cm tanpa berjahit pada linning.Terbalikkan fabrik melalui bahagian yang tidak berjahit dan jahit semula.

bahagian luar
bahagian dalam