Post hari ini tentang hiasan kereta. Saya percaya kebanyakan kita ada menggantung pelbagai hiasan pada cermin kereta pandang belakang. Ada yang meletakkan hiasan berbentuk bunga, teddy bear, batu kristal dan macam-macam lagi. Saya mendapat idea untuk menghasilkan hiasan kereta dari fabrik jeans. Tutorial nya saya sediakan di bawah.
1.Potong fabrik jeans berbentuk love sebanyak 4pcs dimana bahagian atas dua dan bawah dua.
2.Pin kan handle pada bahagian atas dan bawah kemudian jahit beberpa inci dari tepi.Jangan lupa tinggalkan sedikit ruang tanpa berjahit. Dan, isikan dengan kekabu/span ke dalam melaluinya.
.
3.Selepas diisi dengan kekabu jahit ruang yang tidak berjahit tadi. Serta, ulang proses yang sama pada fabrik jeans bahagian bawah pula.4.Hias hasil kerja anda dengan pelbagai aksesori supaya tidak hambar.Jangan peram dan pendam kreativiti anda.Saya menggunakan manik dan bunga sebagai hiasan.
4.Misi selesai. Tugasan ini hanya mengambil masa tidak sampai satu jam.Thank sebab sudi membaca.
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan untuk menghantar sebarang komen. Salah dan silap harap diperbetulkan dan sama-sama kita perbaiki.Semoga ilmu yang dikongsi diberkati.