May 12, 2014

TUTORIAL MENJAHIT BAKUL SAMPAH DARI SELUAR JEANS

Selalu selepas selesai menggunting kain banyak sampah/perca kain kecil berterabur.Belum lagi campur dengan benang lebihan jahitan. Saya mendapat ilham untuk menghasilkan bakul sampah dari kaki seluar jeans. Bakul ini hanya sesuai untuk dimuatkan perca-perca kecil sahaja ye.
 
Ukuran -7"x8"
1.Potong kaki seluar jeans ukuran 7"x8". Kain yang keras paling bawah tu buang sebab kalau tak buang payah nak jahit.

diameter bulatan-7"
2.Sediakan kain berbentuk bulat 2keping (1jeans, 1cotton) dan lapisan dalam. Ukuran kain untuk lapisan dalam mengikut saiz kaki seluar jeans. Jahit 2 keping bulatan tadi pada fabrik jeans dan lapisan dalam seperti gambar.


3.Kain yang bercorak love terbalikkan iaitu bahagian salah di luar.Masukkan fabrik jeans kedalam lapisan kain cotton tadi iaitu bahagian yang betul(muka mengadap muka). Jahit permukaan atas dan tinggalkan beberapa inci tanpa berjahit dan terbalikkan.


4.Misi selesai. Supaya bakul tu kukuh, saya cadangkan buat satu lagi lapisan tengan dengan kain keras.Kebetulan masa tengah gian menjahit kain keras takder so proceed je teruskan misi supaya cepat siap.Untuk yang menggunakan kain keras,bakul tu sangat sesuai untuk mengisi barang-barang yang berat seperti alat tulis. Menjahit dengan tekun dan sabar agar hasilnya sangat berbaloi.

1 comment:

  1. salam.. sis tau tak kat mane nak dapatkan kain keras tu?

    ReplyDelete

Dialu-alukan untuk menghantar sebarang komen. Salah dan silap harap diperbetulkan dan sama-sama kita perbaiki.Semoga ilmu yang dikongsi diberkati.