May 7, 2014

TUTORIAL PANJANGKAN SELUAR JEANS BUDAK

Kanak-kanak sangat cepat proses tumbesarannya.Macam seluar sekejap sahaja pakai tapi sekejap juga dah senteng. Ibubapa digalakkan untuk membeli seluar/baju yang saiznya sedikit besar supaya boleh dipakai untuk jangka masa yang lama.Saya percaya, banyak yang masih menyimpan stok lama seluar anak-anak.Apa kata buat pembaharuan sedikit supaya hasilnya nampak awesome.Seluar yang senteng, kita panjangkan dengan menambah kain+aksesori pada bahagian bawah kaki.

sebelum
selepas

 Sediakan :

4helai kain cotton berukuran-13"x4.5"
2helai kain cotton/jeans-1.5"x4.5" (untuk aksesori tepi).
2biji butang



1.Cantum dan jahit kedua-dua fabrik cotton. Serta,temukan bahagian hujung fabrik cotton dan jahit..Kemudian, pinkan pula pada seluar untuk mendapatkan ukur lilit yang sama agar mudah untuk menjahit..

2.Turunkan kebawah fabrik cotton dan jahit semula.

3.Tetas sedikit bahagian bawah fabrik cotton untuk memasukkan aksesori/tali.


4.Jahit semula bahagian bawah mengelilinginya.


5.Jahitkan butang sebagai aksesori tambahan.


6.Misi selesai. Cuba jangan tak cuba. Happy sewing.

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan untuk menghantar sebarang komen. Salah dan silap harap diperbetulkan dan sama-sama kita perbaiki.Semoga ilmu yang dikongsi diberkati.