May 6, 2014

TUTORIAL TOTE BEG DARI FABRIK JEANS

Tote beg ini saya berjaya menyiapkan dua helai. Tapi saya sempat snap satu sahaja. Seperti selalu watak utama fabrik dalam projek jahitan saya adalah seluar jeans. Saya beli di kedai bundle dengan kos RM10 sahaja dan saya dapat 3 helai. Semua saiz seluar yang saya pilih adalah besar-besar-42 supaya saya dapat kain yang lebih lebar. Beg ni saya hasilkan untuk anak-anak saya isi Iqra' dan rehal untuk pergi mengaji.

Sediakan :
Fabrik jeans-9.5"x11" (seluar jeans yang selalu kita pakai bahagian kaki hingga keatas tidak sekata dan tidak sama besar. Jadi kita perlu tetas>potong bahagian yang lebar/samakan ukuran dan jahit semula)
Fabrik cotton-9.5"11.5" (setelah di lipat dua)
Handle bag(jeans+cotton)-1.7"x14"
Lace bahagian tengah beg-2x9.5" (setelah dilipat dua)

   
      1.Potong kaki seluar jeans paling bawah.
 
2.Jahit bahagian bawah yang terbuka


3.Jahit kedua-dua bucu fabrik membentuk segi tiga.


4.Terbalikkan bahagian dalam fabrik jeans ke luar. 


5.Masukkan fabrik jeans ke dalam fabrik cotton.


6.Pinkan bahagian atas sekeliling fabrik. Masukkan juga handle bag.


7.Jahit bahagian atas fabrik mengelilingi dan jangan lupa tinggalkan beberapa inci tanpa berjahit. Terbalikkan bahagian dalam ke luar melalui ruang yang tidak berjahit.

setelah diterbalikkan
8.Tolak fabrik cotton ke dalam fabrik jeans dan kemaskan bahagian atas dengan pin dan jahit.

bahagian dalam tote beg
 

Misi selesai dan berjaya. Menjahit tanpa sempadan dan halangan. Happy sewing.

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan untuk menghantar sebarang komen. Salah dan silap harap diperbetulkan dan sama-sama kita perbaiki.Semoga ilmu yang dikongsi diberkati.