Kesibukan berkerja, penat lelah mengurus anak-anak, rumah tangga, ditambah pula dengan projek menjahit langsir yang ditempah oleh customer memang tak menang tangan. So, entry untuk kali ini yang biasa-biasa sahaja iaitu pot holder dari poket short pants .Untuk menghasilkannya, saya potong kedua-dua belah poket short pants. Ianya sangat sesuai digunakan semasa mengeluarkan tray dari oven. Poket tersebut berfungsi sebagai cover tangan/jari dari terkena panas.Kalau tidak merudum la harga hantaran .(untuk yang belum kahwin ya). Sudi-sudikanlah membaca sampai khatam ya.
Step untuk menghasilkan pot holder :
1.Potong fabrik cotton dan short pants berukuran ~7"x7", span~6"x6" dan handle.
2.Pin span pada fabrik cotton. Jahit secara menyerong berulang-kali seperti gambar.
3.Cantumkan fabrik cotton dan seluar dimana bahagian yang betul di luar.
4.Pasang handle pada bahagian atas pot holder. Potong dan ratakan bahagian tepi mengikut saiz lebar bias tape.
5.Jahit bias tape betul-betul di atas garis jahitan.
5.Misi selesai. Happy sewing.
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan untuk menghantar sebarang komen. Salah dan silap harap diperbetulkan dan sama-sama kita perbaiki.Semoga ilmu yang dikongsi diberkati.