May 12, 2014

TUTORIAL MENJAHIT APRON DARI SELUAR JEANS

Entry kedua dan yang terakhir untuk hari ini ialah apron untuk memasak. Apron kali ini pendek hanya menutupi perut & pinggang dan tali ikat belakang sahaja. Saya potong seluar jeans bahagian belakang iaitu punggung.Sebenarnya terpulang pada citarasa masing-masing kalau nak ambil bahagian depan seluar pun boleh juga.Dah ada apron ni kena la selalu turun ke dapur masak untuk anak-anak dan suami.

Apa yang kita perlu:
Sehelai seluar jeans-potong bahagian belakang
fabrik cotton-potong mengikut bentuk seluar jeans(untuk lapik belakang)
Bias tape
Tali apron-2pcs
bahagian depan apron
bahagian belakang apron
 1.Cantumkan kedua-dua fabrik di atas iaitu bahagian salah mengadap salah.


2.Pasang bias tape sendiri di sekeliling apron untuk kemasan tepi dengan menggunakan jarum peniti dahulu.


3.Jahit bias tape perlahan-lahan mengikut bentuk apron. Semasa menjahit, perlu berhenti-henti untuk menanggalkan jarum peniti.


4.Lebar tali apron adalah 2" mengikut pinggang seluar jeans. Dan panjangnya up to you all. Yang penting testing dahulu cukup panjang atau tidak bila di ikat.Cantumkan kedua-dua tali apron dan tolak masuk ke dalam ruang tali pinggang. Pastikan ia sama panjang kanan dan kiri.


5.Jahit tali apron betul-betul pada ruang tali pinggang.


6.Misi selesai. Tugasan yang senang dan mudah untuk dihasilkan. Memasak dengan gaya mutu dan keunggulan. :)). Happy sewing. Yippi,boleh Sambung tidur.


No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan untuk menghantar sebarang komen. Salah dan silap harap diperbetulkan dan sama-sama kita perbaiki.Semoga ilmu yang dikongsi diberkati.