Weekend project ada 3 perkara yang telah difikirkan. Uncang beg, baby bip & pencil case. Tapi kesudahannya hanya uncang beg sahaja yang siap.Yang lain2 tu halfway. Saya akan cuba siapkan dan post dalam minggu ini buat tatapan pembaca budiman.
Kain jeans & kain cotton lipat dua & potong. Ukuran 17cmx20cm. Potong tali seluar jeans 44cm. Kalau seluar jeans tiada tali pengikat bolehlah jahit sendiri.
Tandakan dengan pen 14cm dari bawah ke atas & garis lurus.Tandakan lagi 1cm untuk bahagian tali dan garis lurus.. Jahit kanan dan kiri fabrik jeans. Bahagian 1cm tadi jangan dijahit. Kemudian potong serong sedikit bucu kain jeans tersebut.
|
1cm yang tidak dijahit |
Bahagian 1cm yang tidak berjahit itu jahit empat segi mengelilinginya supaya tidak mudah tetas dan tahan lama.Kemudian terbalikkannya.
Sebelum proses menjahit, rajin2 kan la jari tu menghias fabrik jeans itu dengan motif bunga, tampal & renda supaya tidak hambar & bosan.
|
close up |
|
Jangan lupa fabrik cotton tadi. Jahit sama seperti fabrik jeans. Setelah siap masukkan fabrik jeans kedalam fabrik cotton. Satukan dan pin fabrik jeans dan cotton. Jahit keliling dan tinggal kan 5cm tanpa jahit.
Tarik keluar fabrik jeans dari lubang 5cm tadi.
Inilah rupanya setelah diterbalikkan. Tolak kedalam kain cotton tersebut .Garis lurus sepanjang laluan 1cm kain yang tidak berjahit tadi depan dan belakang dan jahit.
Ikat tali seluar jeans tadi pada jarum plastik dan tolak masuk kedalam lubang 1cm tadi sehingga bertemu lubang lagi satu.
|
bahagian luar |
|
bahagian dalam |
Misi selesai. Diharap pembaca boleh mencubanya. Senang dan mudah sahaja.Hanya memerlukan beberapa minit masa emas anda semua untuk memulakan project menjahit ini.