April 28, 2014

TUTORIAL MENJAHIT COVER MESIN JAHIT DARI FABRIK JEANS

Seperti biasa, sabtu adalah hari wajib untuk menghasilkan projek jahitan.Selalu bende yang akan dijahit awal-awal lagi telah berlegar-legar di dalam minda teman.Ya! Cover Mesin Jahit. Saya cantumkan fabrik jeans dengan fabrik cotton bersulam(balance baju kurung). So, dapatlah mesin jahit saya melaram dengan "baju raya" nya yang baru. Fungsi sebenar cover ni adalah untuk mengelakkan dari habuk dan kekotoran selain menambahkan lagi keceriaan & kekemasan.

Item yang diperlukan :
Bahagian depan/belakang~ Fabrik jeans-2pcs & Fabrik cotton sulam-2pcs
**ukuran~16"x7"
Bahagian tepi~Fabrik jeans-2pcs & Fabrik cotton sulam-2pcs
**ukuran~6.5"x7"
Bahagian atas~Fabrik jeans-1pcs
**ukuran~16"x6.5"


1.Cantumkan kesemua 4 fabrik jeans+cotton sulam mengikut urutan fabrik jeans di atas dan cotton sulam di bawah.


2.Cantumkan dan jahit bahagian tepi dan setelah siap bolehlah di terbalikkan.


3.Kemudian,pasang poket seluar jeans dikedua-dua bahagian tepi. Kegunaan poket ini untuk mengisi gunting, tali tape,kapur jahit atau apa sahaja aksesori menjahit.
 
pandangan sisi tepi
pandangan depan
4.Hias bahagian fabrik jeans dengan apa sahaja mengikut kreativiti anda. Saya jahitkan ia dengan ribbon dan butang supaya tidak hambar.Misi selesai. Happi sewing ya.


TUTORIAL COVER SEAT BELT(CSB) DARI FABRIK JEANS & RECYCLE SHORT PANTS

Seperti yang saya janji, entry pertama untuk hari ini Cover Seat Belt.(CSB).Kalau jenguk di kedai barang-barang hiasan pelbagai pattern dan colour yang anda boleh jumpa.Tetapi saya inginkan kelainan di sini maka saya cuba menjahitnya sendiri. Seperti biasa saya recycle seluar jeans sebagai watak utama fabrik dan seluar pendek .Ukur dulu lebar tali pinggang kereta korang. Ukuran lebar ialah 2" dan panjang 7.5".

Sediakan:
Fabrik jeans-2pcs
Fabrik cotton/recycle-2pcs
Bias tape-1pack
Velcro tape-1set


1.Susun mengikut jeans>span>fabrik cotton/recycle dan jahit sedikit di bahagian tepi.Kemaskan bahagian tepi.Buang benang2 kat tepi dan bagi centre supaya mudah nak jahit bias tape.


2.Jahit bias tape sekeliling fabrik.

bahagian fabrik jeans
bahagian fabrik cotton/recycle

3.Pasang velcro tape pada bahagian fabrik jeans & fabrik cotton/recycle seperti gambar dan terus jahit. Kemudian buat lipatan pada CSB tu untuk membentuk 3 bahagian dan jahit lurus dari atas ke bawah. Tujuannya supaya mudah untuk melipat CSB.


4.Siap sudah dan misi untuk minggu ini selesai sambil tarik nafas lega.  



**Kiss me, hug me & love me macam tulisan kat cover seat belt tu.:)


April 24, 2014

TUTORIAL MENJAHIT TISSUE COVER DARI FABRIK SELUAR

Seluar pendek yang ku jumpa terbiar dalam timbunan baju-baju lama.Si pemakai ? suspek utama adik. Getah pinggang pun dah longgar dan kalau nak pakai di rumah pun tidak manis untuk tontonan anak2. Dengan saiz fabrik yang minima apa jenis projek yang perlu saya hasilkan ? Saya dapat idea untuk menghasilkan cover tissue & cover untuk tali pinggang kereta.Tetapi saya postkan dahulu cover tissue. Menu utama fabrik jeans takder dalam projek kali ini ya.

Barang recycle yang diperlukan :
Fabrik seluar -5.5"x7.5"~2pcs
Kain lapik-5.5"x7.5"~1pcs
Tali-3"x2"


1.Susun kain lapik >fabrik seluar>fabrik seluar dan jahit keliling. Tinggalkan beberpa cm tanpa berjahit.


2.Potong serong sedikit keempat-empat bucu kain tadi.


3.Terbalikkan bahagian dalam ke luar melalui bahagian yang tidak berjahit tadi.


4.Jahit sedikit keliling kain tadi. Lipat seperti gambar dan pin. Jangan lupa tali fabrik . Selitkan di tepi menghala ke dalam.


5.Jahit kedua-dua tepi fabrik dan terbalikkan bahagian dalam ke luar.




6.Misi selesai. Happy sewing all.

April 21, 2014

TUTORIAL HIASAN DINDING DARI POKET SELUAR JEANS

Poket seluar jeans ini adalah dari projek-projek saya sebelum ini. Saya kumpul dan simpan. Sayang nak buang sebab terpikir mungkin satu hari akan berguna bagi saya. Datang idea untuk menhasilkan hiasan dinding. Kalau nak buat bende ni kena la ambil poket seluar jeans dari seluar yang sama.

Barang yang di perlukan :
1.Poket seluar jeans-2 pcs
2.Tali paper beg-4pcs
3.Bunga plastik


1.Susun poket atas dan bawah mengikut jarak yang anda perlukan.Pinkan tali paper beg terlebih dahulu sebelum dijahit seperti gambar.


2.Masukkan bunga plastik ke dalamnya sehingga penuh.

close up
3.Misi selesai. Tugasan ini hanya mengambil masa tidak sampai 1/2 jam. So, cabar diri anda untuk mencipta kelainan dengan konsep recycle, reuse & reduce.

TUTORIAL MENJAHIT BOTTLE BEG DARI FABRIK JEANS

Hari ini saya ingin publish berkenaan dengan beg untuk botol air. Selalu kita tengok kebanyakan botol air tiada pemegang/tali. Agak leceh untuk dibawa ke mana-mana. Paling tidak botol air tu terbaring je dalam  dalam beg korang. Jika ada cover luar menambahkan lagi kecomelan nya.Contoh macam botol kat bawah ni.Dahla transparent, "naked" pulak tu. Iskh..iskh..iskh tak manis kalau dipandang.

gambar dari google
Macam biasa prepare dahulu barang-barang yang diperlukan untuk projek menjahit botol beg ni.
1.Fabrik jeans-8.5"x8"
2.Fabrik cotton-8.5"x8"
3.Kain lapik-8.5"x8"
4.Tali beg(2pcs-cotton & jeans)-10"
5.Lapik dasar botol -diameter 3.5"
**ukuran perlu ditambah mengikut kesesuaian/saiz botol/tinggi

seluar jeans yang telah dipotong
 



1.Susun mengikut gambar > jeans>kain lapik>cotton.

 2.Jahit kain cotton pada bahagian atas sebagai pengganti bias tape. lepas step 2,dinasihatkan supaya hias botol beg ni dahulu. Sebab, kalau dah di sambung susah nak jahit di bahagian bawah.

bahagian luar setelah diterbalikkan
 3.Cantumkan bahagian yang terbuka dan jahit.Pastikan jahit dasar botol dahulu baru boleh terbalikkan ya. Dek kerana excited nak tengok bahagian luar saya terbalikkan untuk sementara waktu.

dasar botol
4.Susun kain cotton+span+kain cotton. Jahit seperti potongan pizza hut sebanyak 8per8. Kemudian, cantumkan pada dasar badan botol dan jahit membulat. Step ni paling susah ya so kena pin dahulu.Jahit secara perlahan-lahan.Setelah siap terbalikkan keluar bahagian yang betul


 5.Jahit tali botol beg di bahagian atas botol kanan & kiri.


6.Misi hari sabtu selesai. Selamat mencuba.

close up
**Macam saya lupa nak hias fabrik jeans selepas step 2, maka terpaksalah semua hiasan di bahagian atas botol beg.Susah nak access sampai bawah.

April 16, 2014

TUTORIAL MENJAHIT SANITARY PAD COVER

Saya percaya ramai gadis yang membawanya kemana-mana di dalam beg. Just in case of emergency. Semasa sesi tukar menukar dan perlu ke tandas malu pula hendak membawanya.Lagi-lagi semasa berada di pejabat. Cuba simpan dalam pad cover seperti yang saya hasilkan ini.Saja je nak cari kelainan sedikit.Apa yang perlu :

1.fabrik jeans-1pcs - 9"x4.2" & 2pcs-4.2"x4.2" (poket)
2.fabrik cotton -1pcs - 9"x4.2 & 2pcs-4.2"x4.2" (poket)
bias tape
velcro tape-1"x1"
kain lapik (middle layer)-9"x4.2"


1.Susunkan fabrik jean,kain lapik,cotton yang berukuran 9"x4.2 dahulu dan jahit.


2.Kemudian, cantumkan fabrik jeans+fabrik cotton yang berukuran 4.2"x4.2" pada fabrik yang pertama tadi dan jahit .Jadilah ia seperti poket.Untuk kemasan fabrik, gunting dan ratakan tepi kain supaya mudah bila menjahit bias tape.
bahagian luar


bahagian dalam

isikan barang peribadi ke dalam poket



pandangan sisi

5.Misi selesai. Menjahit dengan tekun dan sabar.

***kalau nak lagi cun kena lah rajin dan usaha lebih. Hiaskan dengan ribbon/renda/butang selepas step1 tu ye.

April 15, 2014

ALTER T-SHIRT LENGAN PENDEK KE LENGAN PANJANG


Dalam seminggu bekerja biasanya sekali/dua kali saya akan mengenakan tshirt untuk pergi ke tempat kerja. Bagi para ibu macam saya bergaya sesimple yang boleh jer dan tak perlu bersusah payah nak gosok baju kurung. Malangnya, semua t-shirt yang company beri berlengan pendek. Pakai inner boleh tetapi rasa panas dan tidak selesa.

Secara tidak dijangka timbul idea untuk mengubah t-shirt kerja ke lengan panjang.Apa yang diperlukan di sini ialah cari t-shirt berlengan panjang yang sudah tidak dipakai untuk projek reuse. Kebanyakan t-shirt yang saya potong ini adalah masa saya masih lagi berukuran saiz S/M. Sekarang saiz badan dah berganda. Potong kedua-dua lengan t-shirt tersebut dan cantumkan pada t-shirt yang berlengan pendek tadi.

tshirt yang telah kehilangan kedua belah tangan
dan ini juga menjadi mangsa
before
after
after
Sebenarnya terpulang pada you all semua. Lebihan kain yang tidak dipakai boleh je tukar kan menjadi pot holder,sarung bantal mengikut kepakaran masing-masing.Atau lebih bagus, semasa dia sempurna cukup sifat (tangan), dermakan pada tong recycle.

ehsan dari pakcik google